11 January 2014

pengalaman ke Terengganu

Assalamualaikum (",)
 
finally!! i'm back! ada problemo sikit dengan browser, tak boleh nak buka blogger.com, asyik loading je. but now, alhamdulillah.
 
ok ok dah mula excited nak cerita yang mana satu. ok start cerita selepas konvokenyen la eh.
 
currently, saya ada di terengganu. kenangan perjalanan ke terengganu yang saya tak akan lupa sampai bila bila. tahu kenapa? masih ingat banjir yang melanda kuantan, dan kemaman? perjalanan pada 3 disember tu berjalan lancar pada awalnya. dalam pukul 8 malam sampai ipoh. pukul 8.30 dah gerak ke kl, masuk kl sebab ambil orang. tahu kenapa? bas dari dungun tak boleh datang sebab tersangkut dalam banjir. dan malam tu lah banjir bermula. masuk kuantan hantar orang. sampai dekat sg isap, tempat banjir paling teruk, orang dah mula pindah, masa tu jam 4 pagi. sedih tengok memasing dengan mata mengantuk, anak anak kecil yang masih berdukung. bas dengan lori besar je boleh lalu. beg kitorang yang dalam luggage bawah dah masuk ke dalam, ye lah bas nak redha banjir, kang basah pulak beg tu.
 
sepanjang perjalanan dari kuantan ke kemaman, memang nampak la rumah yang naik air. kebetulan jalan raya tinggi but still kena redha air la. masa kitorang singgah solat subuh, dalam pukul 7 macam tu, sebab banyak surau dalam air. ada lah beberapa buah kereta yang dah terjunam dalam parit kat tepi jalan. maybe diorang park dekat atas jalan sebab air depan rumah dah naik, nasib tak baik, air atas jalan pun naik dan arus kuat menolak kereta dan terjunam dalam parit. sedih tengok yang saya kira 100% barang barang mangsa banjir rosak dan hilang.
 
kebanyakannya perlu bermula dari kosong semula, Allahu Allah. semoga mereka diberi ketabahan hati untuk menghadapi ujian Allah ini. sepanjang perjalanan tu, jalan jem jangan kira la sebab memasing tak berani redah air. bas tinggi boleh la lalu. sampai pekan kemaman, singgah breakfast. kalau ikutkan masa tu dah pukul 9 pagi. maknanya, perjalanan saya dari perak pada jam 6 petang semalam sehingga jam 9 pagi hari ini telah mengambil masa selama 15 jam. muka memang dah letih dengan tak mandinya.
 
lepas breakfast, bertolak ke kuala terengganu, coz bas tu ke KT. saya turun di kerteh, kemaman. alhamdulillah selamat sampai kerteh, kemaman pada jam 9.30 pagi, cuaca mendung sampai pertengahan bulan 12. saya kira banjir tu hampir dua minggu. dan sekarang telah 6 minggu saya di kerteh dan akan pulang ke kampung pada 16 jan. buat apa di kerteh lama lama? jaga anak buah 4 orang sebab kakak bersalin anak ke 5. pengalaman kat sini? insyaAllah next entry.
 
jumpa lagi, bi iznillah :)

3 comments:

Terima Kasih . Syukran Jazilan