27 June 2012

Final Year Project is OVER !!!

Assalamualaikum (",)

Alhamdulillah . syukur ke hadrat ALLAH SWT di atas segala kekuatan dan kesabaran yang diberikan sepanjang 2 semester bergelumang dengan FYP . bermula dengan pemilihan tajuk di semester 4 . dan perbentangan proposal pada awal semester 5 . pengambilan sample di Sebuyau, Sri Aman pada hujung tahun 2012, rujuk entry ini . dan dengan pelbagai kerja makmal yang memerlukan tahap kesabaran yang SANGAT TINGGI . berjam jam di depan lappy menyiapkan progress report dan akhir sekali LAPORAN AKHIR yang telah dihantar pada 29 mei yang lalu, rujuk sini . dan sebelum berada di akhir itu . pelbagai dugaan perlu ditempuh sebenarnya . memandangkan kami juga merupakan pelajar sepenuh masa . yang perlu menghadiri kelas SETIAP HARI . fieldwork di hujung minggu, kerja makmal projek akhir perlu direncanakan dengan baik . supaya setiap masa terluang diisi . dan semua kerja makmal disempurnakan dengan jayanya . kalau tak. tak de data nak bentang OK 

thanks a lot to mak dan abah . walaupun diorang tak faham setiap kali aku cerita . tapi apa yang diorang faham . aku sangat sibuk dan stress . cuma apa yang selalu mak pesan . "sabar, belajar memang macam tu, nak buat macam mana" . dan kata kata tu buat aku rasa . bukan aku sorang saja yang lalui semua tu . so . be strong . kepada supervisor yang super duper bizi sebab dia jugak seorang dekan dan pensyarah di fakulti aku . nak jumpa dia pon kena buat appointment dan setiap kali pegi jarang tetiba dia ada kat bilik . mesti kena buat appointment dengan akak PA . kadang kadang dah buat appoinment pon dia ada emegency leave atau emergency meeting . dugaan bertalu talu nak siapkan laporan akhir . dan ALHAMDULILLAH ada partner sama supervisor yang super duper gorgeous semuanya . yang memahami dan sama sama mengharungi segalanya . NURUL AZLIZA ASRI (tajuk same ngan aku cuma tempat yang berbeza, so everything memang kami buat sesama), FADDRINE HOLT AJON anak JANG (fayfay) dan NOZIENA MURA anak NOEL (tajuk die sama dengan fayfay tapi tempat yang berbeza) . dengan diorang ni jugaklah tempat nak luahkan perasaan semuanya . THANKS A LOT KORANG . hope tak lupa segala kenangan kita bersama .

tak lupa jugak abang abang master dan kakak kakak master . ABANG AZIZIL, HAKIMI, dan KAK YASMIN . dan terutamanya encik PHD kita, EN. CHEN CHENG ANN yang dah pon jadi pensyarah dekat UMS . terima kasih bebanyak sebab bagi tunjuk ajar, tak kisah lah banyak atau sikit . tapi setiap pertolongan tu BESAR MAKNANYA dan BANYAK KEGUNAANNYA bagi kami . bagi penerangan dan tunjuk ajar . tak tau nak express macam mana . dan semestinya terima kasih bebanyak yang tak terhingga pada encik encik lab assistant JABATAN SAINS AKUATIK . en. zaidi, en. azlan, en. richard, en. zulkilfe, en. harris, en. nazri dan semuanya sekali . tak tersebut nama ..

dan yang tak terhingga banyaknyer penghargaan pada SEMUA PENSYARAH JABATAN SAINS AKUATIK yang ajar aku sejak aku semester 1 . sebab tanpa ilmu yang diorang bagi ni . mana mungkin aku tahu guna corer sampler . van veen sampler . dan aku tahu apa itu formalin . ethanol . macrobenthos dan segalanya berkaitan dengan akuatik . terima kasih to infinity . hanya ALLAH saja yang dapat balas jasa kalian . dan AKHIR SEKALI, sejuta berjuta juta terima kasih pada SEMUA CLASSMATE yang sama sama mengharungi detik suka duka sepanjang bergelar pelajar dan sudah tentu ketika melengkapkan projek kesayangan kita semua ni . apa apa pon semoga UKHWAH terus terjalin walaupun dah konvo nanti . yep . aku perlu tunggu lagi satu semester . THANKS A LOT TO ALL OF YOU . "AQUATIC SCIENCE BATCH 2009/2012" . 

so itu sahaja la penghargaan buat mereka yang terlibat . tak terluah cuma tertaip je . so . nanti update gambar thesis pulak yang telah dijilid ok . tunggu ok :)

2 comments:

Terima Kasih . Syukran Jazilan