Assalamualaikum (",)
selamat kembali . Alhamdulillah . macam terlebih excited untuk entry ni . why ? dis is my first time that really remember about puasa sunat hari arafah . ape tu ? hari arafah ni adalah hari di mana, umat Islam yang mengerjakan haji sedang berwukuf di Arafah . bagi kita yang belum berpeluang menunaikan haji dan tidak menunaikan haji ni, disunatkan untuk berpuasa pada hari itu ? 9 zulhijjah 1433 hijrah . a day before aidiladha . untuk tahun ni aidiladha jatuh pada 26 oktober 2012 . so maknanya . hari arafah jatuh pada 25 oktober 2012 . apa kelebihannya ? kat sini ada beberapa kelebihan yang disebut Rasulullah
1) Diampuni
dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang.
Dari Abu
Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam
pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab:
َََيُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَ الْبَاقِيَة
“Puasa itu
(puasa hari `Arafah) dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun
akan datang.” (HR Muslim)
2) Amalan
terbaik yang disukai ALLAH Ta`ala kerana ia termasuk dari 10 hari pertama dari
bulan Dzulhijjah.
Dari Ibnu
`Abbas radhiAllahu `anhuma bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
مَا مِنْ اَيَّامٍ
الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا اَحَبُّ اِلَى
اللهِ مِنْ هَذِهِ الْاَيَّامِ,
يَعْنِي اَيَّامَ الْعَشْرِ, قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ,
وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ؟
قَالَ: وَلاَ الْجِهَادُ فِي
سَبِيلِ اللهِ, اِلَّا رَجُلٌ
خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ
ذَلِكَ شَيْءٌ
“Tidak ada
hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi ALLAH selain dari hari-hari yang
sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah).”
Para sahabat
bertanya: ”Walaupun berjihad di jalan ALLAH?”
Rasulullah
sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: “Walaupun berjihad di jalan ALLAH,
kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak
kembali lagi selepas itu (syahid).” (HR
al-Bukhari)
3) Hari yang
paling banyak dibebaskan dari api neraka.
Dari
`A’isyah radhiAllahu `anha berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi
wasallam bersabda:
َمَا مِنْ يَوْمٍ
أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ
اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنْ
النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَة
“Tidak ada
hari yang lebih ramai ALLAH Ta`ala membebaskan hambaNYA daripada api neraka
lebih daripada hari `Arafah.” (HR Muslim)
terima kasih untuk segalanya
ReplyDelete