24 October 2012

Kelebihan Puasa Hari Arafah (9 zulhijjah)

Assalamualaikum (",)

selamat kembali . Alhamdulillah . macam terlebih excited untuk entry ni . why ? dis is my first time that really remember about puasa sunat hari arafah . ape tu ? hari arafah ni adalah hari di mana, umat Islam yang mengerjakan haji sedang berwukuf di Arafah . bagi kita yang belum berpeluang menunaikan haji dan tidak menunaikan haji ni, disunatkan untuk berpuasa pada hari itu ? 9 zulhijjah 1433 hijrah . a day before aidiladha . untuk tahun ni aidiladha jatuh pada 26 oktober 2012 . so maknanya . hari arafah jatuh pada 25 oktober 2012 . apa kelebihannya ? kat sini ada beberapa kelebihan yang disebut Rasulullah

1) Diampuni dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang.

Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab:

َََيُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَ الْبَاقِيَة

“Puasa itu (puasa hari `Arafah) dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.” (HR Muslim)

2) Amalan terbaik yang disukai ALLAH Ta`ala kerana ia termasuk dari 10 hari pertama dari bulan Dzulhijjah.

Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhuma bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

مَا مِنْ اَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا اَحَبُّ اِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الْاَيَّامِ, يَعْنِي اَيَّامَ الْعَشْرِ, قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ, وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ؟ قَالَ: وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ, اِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ شَيْءٌ

“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi ALLAH selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah).”

Para sahabat bertanya: ”Walaupun berjihad di jalan ALLAH?”

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: “Walaupun berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).” (HR al-Bukhari)


3) Hari yang paling banyak dibebaskan dari api neraka.

Dari `A’isyah radhiAllahu `anha berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

َمَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَة

“Tidak ada hari yang lebih ramai ALLAH Ta`ala membebaskan hambaNYA daripada api neraka lebih daripada hari `Arafah.” (HR Muslim)

ok . jelas ? cara niatnya sama macam puasa sunat yang lain "Sahaja aku puasa sunat arafah, kerana Allah Ta'ala" .. Wallahu'alam . so jom kita puasa nak . dah 22 tahun hidup . dan diusia 22 ni la baru bekesempatan, insyaAllah . semoga Allah izinkan . eh jangan lupa kabor sedara mara n kawan kawan yang lain ok (",)



1 comment:

Terima Kasih . Syukran Jazilan