28 February 2013

Allah permudahkan segalanya :)

Assalamualaikum (",)

in second week of lecture and today is my first class . gila otai laah, fourth year lah katakan . i'm super duper senior ok ! wahh . macam orang kesah la pulak, back to the main stories . STORIES ! banyak tau ::

semalam godek godek SMP untuk daftar subjek, alhamdulillah dapat register untuk Bahasa Arab Level 1 . syukur ya Allah, dari semester 2 saya nak subjek ni as my elective . di semester 8 baru dapat register . sadisnya rasa . hikmah saya extend setahun mungkin . FYI, di universiti saya ni, kami perlu fight each other in term of sape cepat dia dapat, tapi bukanlah fight tarik tarik tudung tarik rambut or tumbuk lebam segala, tapi fight in online registration, sebab kalau tak dapat register online and you masuk kelas jugak, you tetap dikira tak daftar . ouuhh thats my universiti . kat sini memang banyak belajar bersabar . yeah, keep on online 24/7 to makesure that u're success to register the course that you want or any course as long as it still have the quota . ya, saya dah hadapi perkara ni selama 7 sem coz in first semester, faculty dah arrange . i guess . 

lets continue the story . dah lama jugak saya dapat register subject yang dah lama saya pendam . haaa . contemporary psychology . dis is my chance actually . impian saya nak jadi pakar psikologi or any related to psychology . tapi yeah science stream is still in my heart . so bila dah ada peluang macam ni . wajib lah grab it . right ? so tadi my first class . pertama kali melangkah ke CTF 4 i was like, mana pintu masuk Bilik seminar 1 ? bawah tu je but i'm searching for the back door actually . dan alhamdullilah one girl datang ask me "is it contemporary psychology?" . i'm just answered "i dont know, dis is my first class too" . yeaayyyy . saya dah ada kawan . kami sama sama masuk ikut belakang, and they've started their class and i just sit and keep listen listen listen .

apa yang dipadahnya tok? haha, dis is how science stream student react when come into a different class . tapi dah minat kan, so paksa diri untuk faham . and thanks a lot to one guy yang duduk depan saya tu sebab dia sudi explain apa yang dah belajar . and FYI there is no lecture notes provided . keep listen and find your note by yourself . fine fine fine this is university guys ! not a school anymore . semua berjalan dengan lancar .

dalam kelas arab, which is my second class, alhamdulillah . rasa happy sangat nak belajar bahasa syurga ni . semoga segalanya di permudahkan . dan jumpa kawan lama yang sama sama satu kumpulan masa MAP (minggu aluan pelajar) sesi 2009/2010 . ya Allah lama sangat rasa sampaikan saya dah tak ingat nama dia, yes ! muka saya cam lagi . namanya je tak ingat . sampai lah dia g tau nama dia SUZANA . yeah ! ingat tetiba . so itulah partner saya nanti . tengok lah betapa Allah permudahkan segala urusan saya walaupun pada mulanya agak sukar untuk saya teruskan . Allah, semoga Kau terus bersama aku .

26 February 2013

Up and Down of Emotion

Assalamualaikum (",)

nampak tajuk tu ? atau dalam bahasa mudahnya, suka dan duka . banyak benda belaku lately . aku mulakan dengan program pada 23hb feb yang lepas, 2 hari sebelum tu, badan aku memang tak sihat, nak kata demam, rasa jugak lah  badan panas tapi sejuk . entah . lepas tu dah start bersin tapi tak teruk . sehari lepas tu, sakit tekak tapi suara ok lagi sebab aku semangat nak bagi ceramah dekat adik adik pengawas . aku sampai bawa air limau tau sebagai bekal . lepas habis ceramah, dah mula lain suara aku, kalau diletak sebelah ramli sarip, mungkin dia jatuh di nombor 2 . jangan tanya aku siapa no 3 . hahaha . malamnya tu ok lagi, start 24hb feb 2013, suara aku hilang terus, TAK ADA SUARA ! betapa sedihnya aku dalam redha sebab itulah hari terakhir aku dekat rumah, banyak benda aku nak sembang dengan mak aku, dengan kakak aku . aku menangis tau . sebab tak bercakap seharian . aku jadi bisu . serius aku tak tipu . 

malamnya aku bertolak ke Setiawan, naik bas untuk ke LCCT . seharian aku tak makan sebab tak ada selera . tapi before ke setiawan aku suruh akak aku belikan kuehtiaw, itu je yang aku makan . yang peliknya, even aku tak makan apa langsung, tapi aku tak lapar . sampai LCCT dalam jam 3 pagi, pakcik drebar pecut sebab baby dok meragam dalam bas . comel gila baby tu . ikut muka maknya kot . masa aku dok rehat dalam surau di airport, aku sesaja lah keluarkan suara, eh dah ada suara la, walaupun sekat sekat . happy sangat . Alhamdulillah, terus tak mengantuk, aku berjaga sampai lah masa flight aku 7.25 pagi . syukur sangat !

masa nak check in tetiba tak boleh, dia cakap kat kiosk tu, web check in 1 jam sebelum penerbangan . eh sejak bila ni ? aku tak tau pun . tak pasai lah kena check in dekat kaunter kena bayar rm10 . entah apa apa . dalam flight pulak, ada lah sorang kakak ni nak ke pontianak tapi dia turun kuching la, dok ajak aku bersembang . tanya aku itu dan ini . dengan suara yang baru ada . at last aku senyum je . sampai dekat airport kuching tengah tunggu orang ambil, terserempak dengan pelakon . tau x sape ? Ery Putra dengan Zack X-Factor . diorang lalu sebelah aku sebab nak naik van . maybe diorang ada shooting kat sini kot . 

sampai dekat kolej, Alhamdulillah, aku dapat bilik single . dah lama impikan bilik single, daripada sem 3 lagi . tapi Alhamdulillah dapat jugak . so aku perlu lebih berdikari bila duduk sorang ni, bangun pagi tak de orang kejut tau . hihi .

pagi tadi aku gerak ke fakulti . nak uruskan  subjek . tapi tak dapat daftar sebab dah penuh, sedih sangat . jumpa lecturer tu pun dia kata dia tak dapat tolong . aku kuatkan hati pegi online dekat labcomm . try lah key in subjek elektif lain, alhamdulillah dapat jugak key in 4 subjek . padahal aku nak dua je pun . hihi
  • Contemporary psychology
  • french language
  • animal captive management
  • basic finance
tak tau lah nak pilih yang mana ? itu lah sedikit sebanyak up and down of emotion aku . ada sedih ada gembira :)

ni masa bagi ceramah dekat adik adik pengawas SMK Tat Beng . tengok kaki aku . amacam, rockers tak ? hihihi


ni jarak jauh, terima kasih kepada adik shikin sebab jadi unofficial photographer aku


ni masa aku last pegi sekolah before aku balik sarawak, cikgu BM masa tingkatan 5 . aku dapat A1 tau SPM


sekarang ni suara aku tak ok lagi sangat pun . tapi semakin baik dari semalam lah . batuk je teruk . sampai terganggu orang sebelah . maaf yer . ubat batuk tu ade . tapi MALAS nak makan . esok lah . hihi . so u all . doakan kesihatan aku baik baik yer

21 February 2013

dan nak balik .

Assalamualaikum (",)

cuti ada lagi 4 hari . can't believe it . dalam tempoh seminggu sebelum pulang , banyak masalah yang datang menjengah . sabar je yang mampu . Allah . permudahkanlah segalanya . u know what . ade satu benda dalam kepala otak yang buat aku rasa . aku tak cerita dekat sape pun sebab dengan harapan semuanya akan settle sebelum aku sampai sana 

stop touching touching .

tadi call adik lelaki aku . aku bagitau lah dia yang aku balik sarawak isnin nii . 25hb . boleh pulak la dia buat ayat terkejut . sebab dia ingat cuti aku sampai bulan 6 . ingat cuti bersalin ke hape . hahaha . cool ~~ akak hang ni cuti sampai bulan 2, masuk balik 4 bulan, bulan 6 habis lah degree . salah faham maa .

so friends ! doakan segala urusan aku dipermudahkan ^^

16 February 2013

Semester break . Osemm !

Assalamualaikum (",)

hihihihik, dah ada 8 view . padahal tajuk je pun . maaf lah, buat entry ni guna henpon, boleh letak tajuk je, isi dia tak dapat nak taip . so tak nak kecewakan sesiapa , aku try jugak lah online guna broadband tak berbayar ni . 

yang osem nya cuti ni sebab dapat jumpa kengkawan lama . zaman sekolah dulu . 


unplanned ! ini lah yang terbaik, sebab ape, kalau plan plan plan memang tak menjadi . tapi bila tetiba cenggini . mesti menjadi punya . hihi . anyway thanks pada liya sebab tumpangkan kitorang sekali terus ke rumah aida . and bawak kami jalan jalan dekat TS dengan Tesco . haha . cuci mata je la yang mampu . bila dah lama sangat tak keluar . memang jadi agak blurr . ye la selama ni duduk rumah je ..

hope di masa lain leh jalan jalan macam ni lagi :)


09 February 2013

Your Smile :'(

Assalamualaikum (",)


tetiba malam ni macam sayu sikit . rindukan seseorang . seseorang yang membuatkan aku jatuh hati dengan senyuman dia . almost 6 years . semuanya terlerai begitu saja, tapi itu keputusan aku lah . u know . bila dah semakin dewasa pemikiran makin matang, ada yang lebih penting dalam hidup . kan . tapi aku tak de lah over bercinta macam budak budak sekarang . kitorang just sms and calling sometime . sms pun biasa biasa je la . budak budak sekarang over kau . advance . 13 tahun pun dah mengalah orang 23 tahun . seriusli, aku jatuh hati kat dia pun sebab senyuman yang dia ada . u know senyuman yang buat kita rasa tenang sangat sangat . haha . budak budak :)

tapi tu lah, aku rindukan jugaklah kadang kadang senyuman tu . kisah lama . mendewasakan aku . tapi cinta sejati belum ku temui . masa tu pun kawan just untuk suka suka . sepenuh hati tu memang tak lah, tak tahu apa apa pun . tak pernah dating pun . jumpa pun time raya . itu pun sepanjang berkawan dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5, sekali je dia datang rumah, time raya 2007 . lepas tu semuanya berubah . aku yang undur diri . sebab aku fikir . masa depan masih jauh . banyak benda yang aku kena fikir . banyak benda yang aku nak, impian aku . 

so, adik adik, akak nak tanya la kan. adik yakin ke boifren adik sekarang akan jadi suami adik nanti? kalau tak, kenapa buang masa ? hidup kat dunia ni kejap je . antara azan dan solat . pecaya tak "time kita lahir ayah azankan, bila kita mati, orang solatkan" . pecaya tak lagi? so adik adik, especially yang maish bersekolah tu, masih jauh perjalanan hidup tu, gunakan masa yang ada untuk lakukan perkara yang berfaedah . dan yang paling setiap apa yang kita lakukan mesti ada target . justlike kita belajar untuk dapat kerjaya yang bagus . kita nak keja supaya dapat senangkan mak ayah . sama jugak macam kita bercinta, sebab kita nak kahwin dengan orang tu . kita kenal orang tu, sebab nak kahwin dengan dia . ada matlamat yang jelas .

tapi kalau boleh, elakkan lah bercinta kalau rasa diri x mampu, kesilapan aku dulu dah beri aku banyak pengajaran . thanks to Allah sebab beri aku kesempatan untuk sedar diri . untuk berubah . terima kasih banyak banyak ya Allah . bersyukur sesangat . senyuman tu memang aku rindu . rindukan senyuman nya, bukan orang nya . bila kita down, there's only simple way to make us happy . just smile :)

08 February 2013

Setia Hujung Nyawa LAAAHH SANGATTT

Assalamualaikum (",)

tak tahu nak cakap ni salah siapa ? ibu bapa yang kurang beri didikan agama atau masyarakat tidak peka dengan sensitivi agama dosa dan pahala atau diri kita sendiri sebagai remaja yang sengaja meletakkan diri dalam keadaan terlalu mencari keseronokan atau pihak sekolah yang kurang memberi penekanan dalam aspek agama atau media yang sesuka hati buat jalan cerita ? terlalu banyak ppersoalan dekat sini . seperti yang kita tahu drama drama sebegini sememangnya ramai pengikut setia dalam setiap genap lapisan umur . percayalah pemikiran pelajar sekolah tidak sama dengan pemikiran pelajar universiti apatah lagi pemikiran dewasa yang matang . setiap lapisan umur itu berbeza

lately, banyak cerita yang saya tengok, mesti ada part terlanjur KEBANYAKAN cerita . buat saya terfikir . industri hiburan kita ni memang suka eh yang macam tu ? apabila benda benda macam ni dah jadi kebiasaan dalam drama, hal ini membuatkan budak budak yang tidak/kurang matang fikir terlanjur itu adalah normal sedangkan BERZINA itu adalah DOSA BESAR wajib TAUBAT NASUHA . Allahuakbar, dunia semakin gawat apabila perkara sebegini dipandang enteng oleh semua orang . kita patut kecam drama drama sebegini 

sebab usia muda ini kita mudah terpengaruh dengan apa yang kita nampak . seriusly . semua tu akan menjadi ikutan . ingat yer adik adik . dosa dan pahala jangan di buat main, mungkin produksi produksi drama dan filem perlu belajar agama Islam , masuk kelas agama, fahami agama . memang lah niat mereka nak mengajar memberi pengajaran kepada semua, tapi itu bagi mereka yang tahu, bagi mereka yang tak tahu? salah siapa . saya tak lah kecam setia hujung nyawa ni, tapi sebagai contoh lah sebab saya jumpa gambar tu di twitter

ini antara komen kawan :)

saya jumpa ni di twitter, mengucap panjang, istighfar banyak kali, ni lah bahayanya drama , bagi kita yang berfikiran waras, berfikir di luar kotak, berfikir secara tersirat di sebalik jalan cerita ni, mungkin kita akan kata cerita ni bagus, sebab kesabaran dan kesetiaan seorang isteri dalam rumah tangga, dan juga kesilapan lalu yang membuatkan diri sendiri yang tersungkur, TAPI bagi adik adik ni? salah siapa? dia melihat jalan cerita tanpa melihat di sebaliknya, ini baru sorang yang kita jumpa, saya rasa drama/movie/filem ni kadang kadang memberi galakan kepada penonton dengan jalan cerita yang membuatkan sesetengah orang fikir ianya normal dan lumrah kehidupannya sebegitu, dah letih membebel, ayuh kita nasihati adik adik dan sesiapa jua agar sentiasa menjaga hati, fikiran dan tingkah laku ")

bila agama dah x mnjadi pgangan utama.  

media sosial dah tak terkawal, internet segalanya di hujung jari. bahaya. cabaran buat anak-anak dan ibubapa masa depan, iaitu generasi kita. moga Allah lindungi kita. 

xphm knp rmai pikir cite ni best..ok,mmng nmpk sweet psangan tu,,tp geram dgn watak mak die..mcm xkisah je ank die terlanjur..that's thing buat ank zmn skrng xde rase takot buat perkara yg dlarang ALLAH..SUBHANALLAH,,semoga diri ini dan umat ISLAM yg lain yg belom terjebak sentiasa dlindungi..n semoga yg dah trjebak segera brtaubat

itu lah, kalau perasan drama skrg ni mmg akan ada secene mcm tu, seolah olah tak berdosa plak tu . mcm dh jadi lumrah manusia . so budak2 yg cetek ilmu mmg igt benda tu benda biasa ..

konklusinya , yang baik jadikan panduan yang buruk jadikan sempadan

06 February 2013

Lebih Suka Lepaskan Semua

Assalamualaikum (",)

ade macam tajuk lagu tak ? ramai jugak yang bertanya, macam mana aku handle life aku yang macam ni . macam mana eh ? semua orang hidupnya penuh suka dan duka . betul tak . mana ada orang hidupnya suka sentiasa atau duka sentiasa . maka tidak wajarlah kiranya kalau cakap hidup aku ni ja berliku . am i right ?

sejak aku sekolah lagi, aku bukanlah yang terbaik . tapi kesungguhan aku yang beri aku peluang untuk menjadi yang terbaik, aku tak genius . just a simple person . tapi masa sekolah memang fikiran tak matang . hidup pun ala lebih kurang . yang aku tahu happy je . tanpa memikirkan jalan keluar setia derita yang aku alami . cumanya bila umur dah meningkat, pemikiran lebih ke arah dewasa .

aku akui sejak masuk universiti . semuanya berubah . bagi aku Sarawak adalah bumi tarbiah aku . semua orang ada masanya dia akan bermasalah . maknanya ada dugaan mendatang . tapi aku tak menganggap semua tu sebagai halangan untuk aku ke depan dan dorongan untuk aku putus asa . aku lebih suka lepaskan semua . cewahh . dah nampak kaitan tajuk dengan isinya ? baiklah aku mulakan ya . panjang betul muqaddimahnya :)

lepaskan semuanya bukanlah bermaksud kita biarkan masalah itu begitu sahaja . bagi aku cuma satu . apabila datangnya dugaan @ ujian . kita lepaskan/luahkan semuanya kepada Allah yang memberi ujian kepada kita, menangislah sepuas puasnya, lepaskan sesak di dada . carilah teman berborak . teman nasihat dan teman berkongsi . seelok eloknya ahli keluarga atau teman rapat . walaupun tak dapat selesaikan masalah, sekurang kurangnya, ianya meringankan beban yang di tanggung .

jangan pulak ada masalah baru nak dekat dengan Allah . hubungan dengan Allah wajib di jaga . ingat tuh ! masalah tu ada di mana mana . jangan lah kita berdoa dijauhkan daripada dugaan tapi berdoalah agar kita dapat menghadapi dugaan tu .

lepaskan semuanya dengan cara yang betul . jadikan ujian yang ada sebagai pendorong untuk terus maju . lebih dekat dengan Allah . ye lah kita ni kadang kadang terlalu leka dengan kegembiraan . so Allah bagilah ujian supaya kita ingat dia . Allah terlalu rindukan rintihan keimanan kita . Allah rindukan tangisan keinsafan kita . tapi kita ? Allah . semoga Allah menetapkan hati kita di jalan-Nya .





Saya ada 4 bulan je lagi

Assalamualaikum (",)

wahh tajuk , sebenarnya 4 bulan je lagi aku akan bergelar pelajar Degree , so aku rasa macam banyak benda yang belum aku langsaikan . aku harap sangat dalam tempoh 4 bulan ni aku akan dapat semua apa yang cari selama ni .

4 bulan
  • **ve
  • kepuasan
  • kebahagiaan
  • kegembiraan
 tak tahu lah sama ada aku ready untuk tinggalkan semua tu . 4 tahun aku di situ . ini lah kehidupan . setiap yang bermula akan berakhir :)


05 February 2013

Awak ! 10 tahun saya tunggu

Assalamualaikum (",)

rindu itu bertamu . tapi tak sehebat rindu yang dulu . rindu ini lebih bermakna . kepada insan yang namanya aku rahsiakan . antara impian dan harapan, aku takut ianya hancur kerna hanya mengejar bayangan . aku rindu insan itu .

10 tahun aku terus menanti, cukup sabar dan tenang

Ajari aku tuk bisa
Menjadi yang engkau cinta
Agar ku bisa memiliki rasa
Yang luar biasa untukku dan untukmu

Ku harap engkau mengerti
Akan semua yang ku pinta
Karna kau cahaya hidupku malamku
Tuk terangi jalan ku yang berliku

Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku

Mungkinkah semua akan terjadi pada diriku
Hanya engkau yang bisa mencintaiku

Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku

Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku

Ajari aku tuk bisa mencintaimu
 

 


04 February 2013

Komunikasi untuk motivasi diri

Assalamualaikum (",)

aku bukanlah pelajar komunikasi dan tak pernah belajar secara formal tentang komunikasi . tapi aku belajar secara tak formal . melalui bacaan buku atau internet . so aku lebih suka kongsi yang ringan ringan je . ape yang aku faham dan sesuai untuk semua . dan dikaitkan dengan pengalaman jugak ^^

Komunikasi ada dua, komunikasi interpersonal dan intrapersonal . 

Interpersonal :)
  • komunikasi jenis ini adalah komunikasi antara dua individu atau lebih . dalam perkongsian dan penyampai maklumat . komunikasi ni penting bagi mereka yang suka berkongsi cerita . dalam kehidupan sebagai pelajar . kadang kadang masalah yang kita hadapi perlu dikongsi supaya pendapat dan nasihat orang lain tu manfaat untuk kita . betul tak . tapi kita jugak kena tahu macam mana nak aplikasikan cara berkomunikasi yang berkesan supaya kedua dua pihak menerima maklumat dengan positif . intonasi yang betul . ekspresi yang yakin . 
  • sebagai seorang manusia kita perlu gunakan komunikasi yang betul agar permasalahan kita dapat diringankan dan diselesaikan . berfikiran positif dan sentiasa berfikiran terbuka untuk menerima dan dan memberi maklumat . sebagai seorang pelajar jugak . ibu bapa, keluarga, sahabat dan teman adalah yang utama untuk berkomunikasi . luahkan luahkan luahkan 



Intrapersonal :)
  • komunikasi ini adalah komunikasi dalaman . bercakap dengan diri sendiri . komunikasi jenis ini penting . sangat penting . bagaimana cara kita memberi motivasi dengan berfikiran positif . bercakap dengan diri sendiri . hati ke hati . kalau kita gagal dalam peperiksaan . bercakaplah dengan sendiri . "aku akan cuba dengan lebih baik untuk masa depan" . "ini ujian Tuhan kepada aku" . ya komunikasi ini penting .
  • percaya atau tak . komunikasi dengan diri sendiri boleh menjadikan kita seorang yang positif dan semua dugaan yang datang adalah ujian dari Allah . bersangka baik . semuanya dari hati  .

SEGMEN : Blogwalking & Kenali IPT

Assalamualaikum (",)

lama betul tak join segmen segmen ni, makin lama makin rasa kemalasan tu . tadi jenjalan blog terjumpa segmen ni, macam menarik, so sementara aku masih bergelar pelajar IPT ni, apa salahnya aku join . betul tak ?


sesape nak join boleh klik SINI . ikut semua syarat syarat dia :)

  • aku belajar di Universiti Malaysia Sarawak
  • Tahun ke-4 Fakulti Sains dan Teknologi Sumber
  • Universiti awam ke-8 di Malaysia
  • mempunyai 9 kolej kediaman, yang mana, 7 kolej kediaman di dalam kampus utama, 1 kolej perubatan berdekatan Hospital Umum Kuching, Sarawak atau lebih dikenali sebagai Lot 77 dan satu kolej di luar kampus di Desa Ilmu berdekatan kampus utama
  • Kolej Allamanda, Kolej Sakura, Kolej Cempaka, Kolej Bunga Raya, Kolej Tun Ahmad Zaidi, Kolej Perubatan, Kolej Seroja, Kolej Kenangan dan Kolej Rafflesia.
  • Mempunyai 8 Fakulti
  • Di Unimas, Library di panggil CAIS (Centre for Academic and Information Services
    • sistem pinjaman buku 'selfservice'
    • bilik perbincangan yang selesa
    • bilik perseorangan (bilik karel)
    • Wifi
    • Ruangan solat
    • Kiosk
  • seluruh kolej dan fakulti ada wifi free
  • Selain daripada ijazah dan masters, UNIMAS ada jugak tawarkan Pra-Universiti/Asasi untuk lepasan SPM
  • Kemasukan Prasiswazah
    • Lepasan STPM
    • Lepasan Diploma
    • Lepasan Matrikulasi
  • Kemasukan Pascasiswazah/Master
  • Kemudahan
    • Pusat Bowling UNIMAS
    • Gimnasium
    • Kompleks Sukan (Stadium & Trek Olahraga, Kolam renang bersaiz olimpik, Dewan Sukan, Futsal, Bola Keranjang, Bola Sepak, Sepak Takraw)
    • Tasik UNIMAS (Sampan, Kayak, Aktiviti rekreasi air)
  • Makanan
    • Restoran Makanan Segera
    • Kafeteria di dalam kampus, dengan menu tempatan dan barat.
    • Kiosk makanan yang dijalankan oleh Kelab Usahawan UNIMAS
    • Restoran/Kedai makanan milik penduduk tempata
  • UNIMAS terletak tidak jauh dari lokasi-lokasi tumpuan penting di Kuching/Samarahan :
    • Pusat Bandaraya - 30 minit
    • Lapangan Terbang Antarabangsa - 15 minit
    • Kuching Sentral - 15 minit
    • Kota Samarahan Centre - 10 minit 
    • Kampung Budaya Sarawak - 60 minit
    • The Spring - 20 minit
    • Boulevard - 15 minit
    • One TJ - 10 minit


    for all my experiences . belajar di Unimas sangat best . tak tau macam mana nak explain . walaupun banyak jugak dugaan nya tapi semua itu pengalaman . tambah lagi dengan pengalaman mengenali etnik bumiputera sarawak . kawan kawan pelbagai kaum . dan sudah tentu berdikari di negeri orang yang sangat jauh . semua itu pengorbanan . jom jom masuk UNIMAS :)