30 March 2012

ikan + pizza

Assalamualaikum (",)

alhamdulillah . tadi keluar cari ikan untuk mini projek ecotox . lepas da dapat ikan semua . terus pegi popular untuk habiskan boucher buku . tinggal rm50 je pon . dapat la beli 3 buku . wahhh . best2 . dan lepas hantar ikan tu masuk lab letak dalam akuarium semua . kitorang berlima keluar semula pegi makan pizza . tengok gambar bawah ni ok . tu je nak kaborkan :)

 time ni baru balik dr makmal . hantar ikan


 makan pizza together . !!!

 erk !!! sape tu ???

 banyak tak ? banyak tak ?


27 March 2012

(kegembiraan + letih) berganda

Assalamualaikum (",)

kegembiraan berganda dan letih juga berganda . tak mo cakap banyak . just want to share some picture of me with some of my classmate during walimah adik kepada nadia (classmate) . kitorang pegi konvoi dua kete . penuh . 10 orang . amek berkat orang kawen . mana tau . next turn . hehe 

with pengantin . semua pakat amek berkat . especially yang sebelah ngantin pompuan tu . hehe

here !! 10 +1 ... my classmate . 1/4 je niii 

so . after !! sape nak kawen . tak sabar nak makan nasi minyak . yeah !! maybe ni la kali pertama dan terakhir pegi kenduri kawen kat sini . kot . pasal letih berganda tu . banyaaakkkkk sangat keje nak kena siapkan . dan makin bertambah tanggungjawab . macam ni nak kawen time study ? moga ALLAH permudahkan :)

okeyh to all my fren !! 3 years we were together . hope this friendship will last forever n ever ...

26 March 2012

kehidupan DEGREE sekali je (",)

Assalamualaikum (",)

amboihhh . lama aih tinggai blog nieyhhhh . berhabuk 5 inci . jenuh gabuihhhh .. ffuuuhhhhh . ok ! dah begheseh dah . back to johor riau . !!

dah lame kot tak letih macam ni . bizi macam ni . dan 2 hari lepas dapat satu tanggungjawab untuk menjadi PENGARAH PROJEK lawatan adik adik STPM dari SMK Alang Iskandar, Bagan Serai, Perak ke UNIMAS hujung bulan April ni . dan kami sebagai mahasiswa Perak kena layan orang kampung . buat macam rumah sendiri . memang debor la nak jalankan tugas ni . tapi this is GREAT opportunity untuk menyerlahkan bakat kepimpinan yang ada and a GREAT experience sebagai persediaan masuk alam pekerjaan nanti . sepanjang 3 tahun kat UNIMAS ni tak pernah lagi jadi PENGARAH . selalunya SETIAUSAHA, AJK AKTIVITI . paling koman pon emcee majlis . 

kawan kawan tengah discussion . aku tak de sebab aku yang snap gambar ni . ehhe

nak tegaskan kat sini kan . kalau kat universiti ke, politeknik ke, matrikulasi ke, kolej ke, kalau ade peluang untuk teamwork . jangan sia siakan . just like me . kehidupan pelajar degree adalah kehidupan yang paling indah dan berwarna . kita akan menjadi seorang pelajar . at the same time, kita aktif dengan aktiviti universiti dan kolej . dan mungkin juga mewakili fakulti atau universiti dalam sukan atau aktiviti persatuan . kehidupan ini kalau kita sia siakan . memang tak dapat dah . alangkah MALANGNYA mereka yang TAK AKTIF *hidupdenganbukuje . alangkah MALANGNYA mereka yang hidupnya, kelas <--> bilik <--> kafe <--> makmal . tak best langsung . pointer tinggi tak menjamin untuk dapat keje kalau pengalaman kurang . softskill tak de . sedihkan . kejam sikit . MALANG kan .

meeting . Sekretariat Mahasiswa Perak UNIMAS

so warnai kehidupan degree anda sebaiknya . sebab bila masuk MASTER or PHD semuanya dah tak sama . tak sama lagi dah . peluang tu datang SEKALI je . SEKALI sahaja . so gunakan sebaik baiknya . biar susah susah dahulu . nanti nati di masa depan . SENANGGGGG ~ anyway walaupun kadang kadang aku merungut stress semuanya . actually saje nak lepaskan . seronok sebenarnya bila banyak keja . rasa masa tu lebih terisi .

ok ! nak bubuk dah ..

22 March 2012

sejarah (',)

Assalamualaikum (",)

tahniah untuk semua calon SPM 2011 sebab dah dapat result . ALHAMDULILLAH . semuanya dari ALLAH . kan . teringin nak kongsi kenangan masa aku upper form . 

aku ni merupakan pelajar lari sekolah . ye la . selalunya lari dari rumah . tapi aku ni lari dari sekolah . lepas PMR . aku apply SMT . and ALHAMDULILLAH dapat kat Taiping . excited sangat sangat sebab dah lama mengidam nak masuk sekolah berasrama . happy sangat dapat kawan baru and cikgu baru . tapi itulah . orang kalau dah biasa bebas . memang lagu ni la keadaannya . pelajaran semua ok . but . kadang kadang tak boleh fokus sebab, jam 12 tdor . jam 4 dh kna bangun . tak cukup tidor kot . so aku tak nak korban kan msa depan aku . dan akhirnya selepas 2 bulan aku melarikan diri dari sekolah . balik hujung minggu lepas tu tak balik dah ke asrama . terbaik lah . masa kat teknik tu aku kos kejuruteraan awam . tak de biology . bila balik ke sekolah lama aku duduk kelas lama yang sains pure . ade kimia, bio dengan fizik . mencabar la jugak mula mula . 

terpaksa catch up yg mana da lepas . lepas tu disebabkan aku ni kembali ke sekolah asal, aku kena buktikan pada semua yang aku akan berjaya sebab dah susahkan ramai orang . but i'm still champion untuk subjek Bahasa Melayu . hehe . balik je sekolah lama . aku seperti dialu alukan . Alhamdulillah . aku wakil sekolah untuk ke Kem Kepimpinan Pengawas (Amir Chalet, Kpg Baru, Setiawan) . setiap sekolah kena hantar 3 orang . lepas tu wakil sekolah ke taklimat salah laku disiplin pelajar dekat IPD Taiping . lepas tu jadi pengurus pasukan bola baling sekolah (SMK Jelai, 2006) . (perasan je lebih yang ni) . haha . anyway banyak la jugak rezeki melimpah ruah . naik form 5 lagi banyak rezeki melimpah ruah . aku jadi penolong ketua pelajar . wakil sekolah untuk Kuiz Agama (SMK Bukit Jana, 2007), Pantun (SMK Redang Panjang, 2007), Forum (SMK Sungai Bayor, 2007), Kuiz Sejarah (SMK Matang), Kem Kesedaran Alam Sekitar (KEKAS, 2007, Nurlembah Lenggong) . ade jugak jawatan lain yang aku pegang like . Naib Pengerusi Pergerakan Puteri Islam, Naib Pengerusi Kelab Alam Sekitar, Bendahari Rumah Sukan (Merah), Pengerusi Kelab Pencegahan Jenayah . itu je yang aku ingat . 

time sekolah menengah memang berderet la jawatan aku . hehe . nak tunjuk hebat la tu . tapi itu la . bila masuk matrik aku terus pasif . sebab ade yang lagi hebat dari aku . so aku jadi low low low profile habesssss . maafkan saya cikgu cikgu yang bertungkus lumus mencungkil segala bakat yang ada . tapi semua bakat yang terpendam ni tak tersimpan camm tu je . still di bahagiakan dengan minat mengarang . Alhamdulillah . eh mana kisah SPM ? 

ooo . SPM . alhamdulillah dapat 4A . aku ni bukan la tergolong dalam mereka yang bijak . selalunya cukup cukup makan je . kalau A tu markah die 80 . aku dapat A dengan markah 80 la . xde hebat mana pon . tapi itu lah . gred yang penting . markah tak heran pon . just like dekat universiti sekarang ni . asal lulus je . entah entah lulus tu pon 50/100 je . kan . aku berusaha sungguh tak nak ade C dalam slip aku . tapi rezeki Allah bagi . ade 2 C . BI dengan SENI . gatai amek seni . hehe . yang lain lain ok . cuma lepas dpt result ni memang target diploma je . Matrik ?? memang dah rasa memang tak akan dapat . ade yang lagi hebat kot . tapi itu lah . REZEKI ALLAH BAGI . dapat gak matrik melaka . itulah permulaannya kehidupan aku sekarang . SETIA dengan BIOLOGY . alhamdulillah . terima kasih khas utk CIKGU ZAITON . dan semua cikgu cikgu SMK TAT BENG .

form 1 :

  • BM- Cikgu Mohd Nazri
  • BI- 
  • Agama - Uztaz Tuan Azman
  • Math - Cikgu Maznah
  • Sains - Cikgu Rajihah
  • Sejarah - Ustaz Razali
  • Seni/Komputer - Cikgu Salmiza
  • KHB - Cikgu Sanisah
  • Geografi - Cikgu Abd Wahab
Form 2 :
  • BM - Cikgu Soffian
  • Bi - Teacher Wan Nor Hanizan
  • Agama - Ustaz Tuan Azman
  • Math - Cikgu Fauzi
  • Sains - Cikgu Corriena
  • Sejarah - Mr Khor Leong Kheng
  • Seni - ??
  • KHB -  Cikgu Sanisah
  • Geografi - Allahayrhamah Miss Noor Marliyana
Form 3 :
  • BM - Ustazah Noora Noordin
  • Bi - Sir Rozaimi
  • Agama - Ustazah Norazahariyah
  • Math - Puan Loh 
  • Sains - Cikgu Rafie
  • Sejarah - Cikgu Abdul Majid
  • Seni - ??
  • KHB - Cikgu Sanisah
  • Geografi - Cikgu Mokhri
Form 4 :
  • BM - Cikgu Norlela
  • Bi - Miss Ushadevi
  • Agama - Ustazah Noorazahariyah
  • Math - Cikgu Norrila
  • Admath - Cikgu Norrila
  • Kimia - Cikgu Suziyana
  • Fizik - Cikgu Salawati
  • Biology - Cikgu Zaiton
  • EST - Cikgu Shanti
  • Pj - tcer Rani
Form 5 :
  • BM -  Cikgu Siti Khadijah
  • Bi - Teacher Shanti
  • Agama - ustazah Norazahariyah
  • Math - Cikgu Norrila
  • Admath - Cikgu Norrila
  • Kimia - Cikgu Suziyana
  • biology - Cikgu Zaiton
  • Fizik - Cikgu Salawati
  • EST - Cikgu Shanti
  • pj - tcer rani
Matrikulasi :
  • Kimia - Encik Eizram / Miss Afrah
  • Bilogy - Miss Norizan / _ /_
  • Matematik - Encik Ismail
  • AGAMA Islam - Ustazah Osmahyanti
  • Sc.Com - ?
  • Bi - Sir Hassan
  • Dinamika - ??

yang mana tanda soal tu aku tak ingat nama diorang . tapi muka cikgu cikgu ni aku kenal lagi . nak update yang sekolah rendah . lagi la aku tak berapa ingat dah . hehe . anyway . ni la cikgu cikgu yang aku agungkan selama ni . just like my MAK and ABAH . oohh panjangnya entry ni . yeah . aku rajin . hehehe

20 March 2012

sukahati kau nak label aku tak beradab

Assalamualaikum (",)

marah sangat sangat bila orang yang kenal kita tak sampai 5 tahun lepas tu dah 3 tahun tak jumpa nak label kita ni macam macam hanya melalui komen . Ya Allah sedihnya . mak abah aku didik aku dengan penuh adab . lepas tu ko tetiba datang entah dari mana . nak kata aku tak beradab . memang patut la orang tak suka kawan dengan ko . memang patut la orang menyampah borak borak dengan ko . aku selama ni sabar je dengan perangai BAJET BAGUS ko tu . tapi disebabkan kita ni kawan . aku layan kan saje . tapi bila sampai satu tahap ko label aku walhal ko tak kenal aku sangat pon . memang aku panas . sape yang boleh sabar ? KESABARAN pon ade hadnyer tau .

aku rasa aku nak buat surat layang kat ko . aku tak sanggup nak simpan simpan cerita cerita bohong ko bila aku kena khianat macam ni . bagi orang lain maybe die akan cakap supaya aku buat tak tahu . jangan layan dan sebagainya . tapi bagi aku, aku dah tak sanggup . tak sanggup nak bela orang yang tak tahu menghargai orang lain . maafkan aku kawan . bukan niat aku nak wujudkan perbalahan . tapi cukup la sampai kat sini ja . lepas ni anggap la kita hanya satu matrik . sebab tu aku masih simpan ko sebagai kawan dalam facebook . lupakan semuanya . anggap la kita tak kenal sangat . kenal biasa biasa je . lagi pon ko lelaki . lebih baik ko kawan dengan sama jantina ko je .

aku tak nak la buruk kan sesapa . tetapi PEDIH dikhianati tu akan aku ingat dan rasa sampai bila bila ....

18 March 2012

tolong laahhhhhhhhh bagi nasihat dan bebelan

Assalamualaikum (",) 

awat la cek ni malas sangat nak siapkan assignment yang belonggok ni . tolong la bagi nasihat kat cek jap . punah punah . dengan FYP nya lagi . tak sedor diri masing masing . ni pon ada hati nak pegi main bowling bagai . sabor je la . inilah dugaan jadi pelajar . keja banyak sangat nak buat tapi tak buat buat atau lebih spesifik lagi . tak tau nak start yang mana dulu . ampunkan patik tuanku :)

gambar atas ni tak de kena mengena dengan entry yer

minggu ni wajib siapkan dua assignment Aquatic Vert . lepas tu dont forget proposal mini project dan report PBL . yes ! masih ingat semua assignment . bagus jugak kadang kadang .

tolong laahhhhhhhhh bagi nasihat dan bebelan untuk insan yang bernama NORBAIAAH binti SANAPI ni . terima kasih ya semua !!

17 March 2012

nasihat untuk adik adik SPM 2011

Assalamualaikum (",)

sekarang ni dah riuh rendah pasal result SPM 2011 keluar hari rabu ni (21 mac 2012) . teringat masa yong nak ambil result SPM 2007 . masa tu mana ada plus minus semua . masa tu masih guna . A1 A2 3B 4B . kan . ade satu kisah beberapa hari sebelum yong amek result tu . yong cerita kat mak yong . before nak amek result tu . yong mimpi yong nampak ada 8 bulan kat langit . time tu malam la kan . lepas tu bulan tu tinggal 4 . mak cakap . nak dapat 4A je la tu . kadang kadang mimpi tu petunjuk dari ALLAH . ALHAMDULILLAH memang dapat 4A pon . orang kata kalau mimpi bulan itu petanda baik . kalau mimpi matahari itu petanda kurang baik . WALLAHU'ALAM . ye la yong ni mana la pandai mana pon . semuanya hanya berserah pada DIA . sebab kita usaha kannnn .

kepada adik adik yang neves kat luar sana tu . SPM is just a beginning . lepas ni kalau masuk universiti . masuk politeknik . masuk matrikulasi . lagi banyak debaran yang akan dilalui . every semester ada exam . dan setiap final exam tu mempengaruhi keputusan kita akhir pengajian nanti . lagi neves kan . kalau fail subjek kena ambil lagi sampai lulus . as i said . SPM ni la exam paling senang . tapi mempengaruhi laluan kita nanti . apa yang dapat yong nasihatkan . adik adik kena cool . sebab perjalanan jauh lagi kat depan tu . ok . adik adik dah berusaha selama 2 tahun untuk SPM . adik adik dah buat yang terbaik . adik adik kena tawakkal dan redha dengan apa jua yang akan dapat lepas ni

yang mana sukses . TAHNIAH dan jangan lupa ucap ALHAMDULILLAH . yang mana kurang sukses . jangan la sedih . ALHAMDULILLAH semuanya dari ALLAH . kegagalan hari ini tak  bermakna untuk selamanya . mungkin rezeki tu ALLAH simpan dulu . mana tau . adik lagi berjaya bila di universiti nanti . kan . rezeki setiap orang dah tentukan . cool ok . sabar . dan teruskan usaha . anyway . lepas result keluar nanti yong buat entry lagi . entry ni just nak menyedapkan hati adik adik nak amek result je (",)

jom berubah SEKARANG !!!


Assalamualaikum (",)

ayuuh lakukan perubahan !!!

blog edited !!

Assalamualaikum (",)

macam dah lama ja tak berceloteh kat sini kan . anyway i want to say thanks a lot to Anis sebab sudi buat header aku . and aku besarkan sikit sebab nak samakan dengan body blog aku . korang leyh pegi link Anis . blog die sangat comel . macam orang nyer jugak . hehe . hari ni seharian aku dok edit blog ni sambil sambil carik maklumat untuk assignment yang menimbun . malam sikit nanti nak start writing by typing . hope semuanya baik baik aje . especially mood aku ni . hope baik baik aje . jangan nak buat perangai semua yer ..



ok tak blog aku ni ? aduhai aku ni tak pandai edit . just based on template design jer . maaf yer kalau serabut ke ape ke yer . hehehe .

LIRIK LAGU KOSONG NAJWA LATIF

Kau melihat diriku

Seperti sesuatu

Yang mencabar dirimu,

Akal dan mindamu

Kau mendustaiku

Kau bilang mereka tak tahu

Siapa diriku

Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian

Yang telah engkau berikan

Membuatku rasa

kosong .. kosong ..

Setiap detik diperhatikan

Kau cari cara putar belitkan

Kau jadikan diriku

Kosong .. kosong ..

Kini aku bangkit

Membuktikan yang ku tak sakit

Dengan segala perit yang kau berikan

Kini aku pantas berjalan

Bergerak ke hadapan

Dan akan ku buktikan

Siapa diriku yang sebenar

Ooo..woo~

Kosong .. kosong..

Segala kata cacian

Yang telah engkau berikan

Membuatku rasa

kosong .. kosong ..

Setiap detik diperhatikan

Kau cari cara putar belitkan

Kau jadikan diriku

Kosong .. kosong ..

Segala kata cacian

Yang telah engkau berikan

Membuatku rasa

kosong .. kosong ..

Ooo..woo~

15 March 2012

dugaan betul !

Assalamualaikum (",)

susahnya nak kekalkan perubahan dan nawaitu . nak terus istiqamah tu sangat la mencabar . tak semua orang faham . bila kita cakap . diorang kata kita ni menunjuk nunjuk bagus . kita ni sombong dan banyak lagi bunyi bunyi sumbang . hanya ALLAH yang mengerti apa yang sebenarnya aku nak dalam hidup ni . semoga iman aku terus kukuh di hati dan semakin bertambah . AGAMA pilihanku :)

hari ni di kala petang . ada sesuatu yang mengganggu fikiran aku . kenapa ya diorang tak faham ? kenapa ? kenapa ? kadang kadang rasa nak block semua lelaki dalam facebook aku tu . senang kan hidup . aman je . ya ALLAH . aku tak redha kalau macam tu cara diorang . aku tak redha ! demi ALLAH . aku hanya inginkan yang terbaik untuk aku :)

tolonglah faham yer semua !

maafkan saya saudara

Assalamualaikum (",)

tak berniat nak memilih atau menjauhkan diri . hanya ALLAH Maha Mengetahui apa yang tersirat jauh dilubuk hati . aku mendoakan dirimu akan sentiasa dalam keredhaan ALLAH SWT . andai tiba masanya satu hari nanti . jika aku benar2 yakin dan dirimu adalah yang 'terbaik' . insya Allah . KunFayakun . *betulkandirimudahulu

dah dua kali die call . tapi aku tak angkat . biar je macam tu . entah kenapa . lately, memang aku jarang jawab panggilan KECUALI my family, kawan kawan perempuan and unknown number . yes ! must be important kan . dan aku tak akan angkat fon jika panggilan tu dari dia . jahat tak aku ? sebenarnya . banyak sebab kenapa aku tak nak jawab panggilan tu . firstly, HE IS SOMEBODY . secondly, dia akan bercakap lama sangat and the topics are not in my interest . thirdly, dia selalu call awal pagi like 1 ke 3 pagi . waktu tidor kot time tu . and the last but not least, aku tak nak bagi harapan pada dia .

aku bukan memilih or whatsoever yang sewaktu dengannya . aku cuma perlukan seseorang yang membimbing dan melindungi aku . bukan aku yang membimbing dan melindungi dia . aku nak orang yang lebih dari aku dari segalanya . yang penting sekali . AGAMA . lain lain boleh letak tepi dulu . untuk membina keluarga yang SAKINAH MAWADDAH WARAHMAH . aku memerlukan pemimpin yang terpimpin dan boleh memimpin . biar aku menjadi sayap kiri dan kanan untuk menyokong . YA ALLAH . aku akan terima dia jika dia sudi untuk MUHASABAH diri dia . dan kalau dia baca blog ni . sebab aku tak mampu untuk menyampaikan secara lisan . dan ACTUALLY, aku masih was was dengan keseriusan dia . sebab . aku tak nampak kesungguhan dia . and he like to story about his girlfriend and its shows his PLAYBOY . tawar dah aku kalau macam ni

even dia pandai ambil hati parent aku pon . kalau AGAMA kurang . sorry to say . aku perlu ISTIKHARAH untuk ini . YA ALLAH aku mohon berilah aku suami yang soleh :)

maafkan aku yer . tapi kalau kau kembali kepada fitrah manusia . hidup berTuhan . iaitu ALLAH . aku redha dengan ketentuan ini . mohon untuk terus mencari REDHA Allah (",)

14 March 2012

Istiharah Itu juga Perlu Mujahadah

Benarlah, rumah tangga ummah ini sedang tergugah. Ertinya, kubu kita yang terakhir sudah ditembusi. Apabila dilaporkan setiap 15 minit berlaku satu perceraian, kita menjadi benar-benar bimbang. Betapa banyak 'masjid' yang roboh dalam masa sehari jika setiap 15 minit berlaku satu perceraian?

Akan tercapaikah perintah Allah agar "selamatkan dirimu dan keluargamu daripada api neraka?". Akan adakah lelaki yang terbaik sepertimana yang disabdakan oleh Rasulullah, maksudnya"dia yang terbaik ialah yang terbaik dengan keluarganya?" Ramai isteri mahupun suami menghubungi saya, meminta pandangan, saranan dan nasihat... Terus-terang saya katakan saya juga tidak berdaya. Sumbangan saya hanya tulisan dan buku. carilah di situ, Itulah sumbangan kecil saya. Mudah-mudahan, adalah sedikit panduan. Kali ini saya paparkan satu tulisan sebagai peringatan buat diri dan semua pengunjung :

ISTIKHARAH ITUPUN PERLU MUJAHADAH..

Mengapa sukar benar hidup bersamanya? Mengapa kini dia berubah laku? Kenapa dia tidak seperti yang saya harapkan dulu? Padahal dia ada pilihan saya setelah solat istiharah. Apakah solat istikharah saya itu tersalah. Atau saya tidak faham petunjuk sebenar daripada Allah hasil istikharah saya dahulu? Saya sungguh menyesal.

Begitulah antara suara rintihan dan kelohan yang kerap kita dengar samada daripada mulut isteri atau suami setelah beberapa lama mengharungi kehidupan rumah tangga. Apabila 'warna sebenar' pasangan kita terserlah yakni setelah lima tahun rumah tangga berumah tangga, maka pada waktu itu ada yang 'reverse' ke belakang, dirasakannya masalah kini adalah akibat tersalah membuat pilihan pada awal perkahwinan.

Ini bukan muhasabah yang sehat. Sebaliknya, ini adalah satu musibah yang berat. Tidak ada gunanya 'menggergaji abuk kayu'. Masa yang berlalu tidak akan berulang kembali. Kesalahan atau kesilapannya tidak akan dapat diperbetulkan lagi. Sebaiknya bersangka baiklah kepada Allah... dia suami atau isteri kita itu ialah takdir yang telah maktub untuk kita. Dia dan kita telah ditakdirkan Allah hidup bersama.

Jangan ada di dalam hati kita rasa menyesal, rasa terlanjur, yang kita telah tersalah pilih. Tidak sekali-kali. Sekalipun pilihan kita tepat, tetapi kita tetap diuji. Maksudnya, istikharah yang betul dan tepat sekalipun bukanlah jaminan untuk kita tidak diuji. Istikarah kita tetap mengundang musibah... kerana itulah sunnatullah yang tidak berubah-ubah dan tidak sekali-kali bertukar ganti. Hidup dan mati kita adalah untuk di uji. Dunia dan medan rumah tangga hakikatnya adalah medan ujian siapakah diantara kita yang terbaik amalannya.

Pasrahlah dengan pilihan yang kita telah lakukan lewat istkharah. Kata bijak pandai, setiap perkahwinan dibina atas dasar niat, harapan dan impian yang baik namun setiap pasangan suami isteri bertanggung jawab memupuk, membajaai dan menjaga benih kebaikan itu agar tumbuh menjadi pohon yang rendang. Perkahwinan Nabi Adam dan Siti Hawa yang berlaku di syurga itupun ditakdirkan terdampar di dunia untuk diuji dengan pelbagai kesusahan dan penderitaan.

Jika sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan...ya itu sekiranya pangkal jalan kita salah. Namun bagaimana jika pangkal jalan kita sudah benar tetapi kita menghadapi masalah di tengah perjalanan? Jawabnya, teruskan perjalanan. Jangan berpatah balik. Namun telitilah satu persatu apa yang kita telah tersalah, belajar daripadanya. Jangan ulangi kesalahan yang sama berulang kali... cukup hanya sekali kerana orang mukmin itu tidak akan terjerumus dalam lubang yang sama dua kali.

Jangan salahkan istikharah kerana itu sama dengan menyalahkan diri sendiri dan menyalahkan Allah. Apa yang penting, tanamkan di hati, bahawa Istikharah kita telah tepat, cuma setepat manapun pilihan kita hasil petunjuk Allah, kita tetap akan diuji. Ingat selalu, pilihan yang tepat hasil istikharah itu umpama benih yang baik. Ya, benih yang baik sekalipun memerlukan baja, cahaya, air dan dijaga dari gangguang serangga untuk bertunas, berdaun, berbunga dan akhirnya berbuah. Jadikanlah diri kita suami atau isteri yang umpama tukang kebun yang rajin bekerja di kebun cinta.

Carilah semula di mana iman kita letakkan di dalam rumah tangga kita. Bukankah iman yang kita yakini dulu, kini dan selama sebagai dasar dalam pembinaan sebuah keluarga bahagia? Justeru, semak semula niat di hati, apakah rumah tangga kita masih fokuskan semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah. Jika dahulu dasar istikharah kita untuk menjadi dan mencari pasangan yang soleh dan solehah, apakah kita masih berjalan di garis itu? Atau niat kita sudah sedikit melencong kerana hentakan ujian dan cabaran dalam berumah tangga?

Ingat kembali bagaimana cinta kita bermula. Bagaimana istikharah telah menyatukan kita. Dengan hati yang jitu terbinalah rumah-tangga atas niat ingin menunaikan perintah Allah. Di situlah simpulan cinta dia dan kita diikat melalui akad nikah yang sah. Maka dengan nama Allah terdirilah sebuah rumah-tangga ini.

Mesjid adalah 'rumah' Allah, maka begitulah sebuah rumah-tangga yang dibina atas nama Allah – ia umpama sebuah mesjid yang didalamnya suami, isteri dan anak-anak akan menegakkan hukum-hakam Allah. Jika berlaku sesuatu yang kusut dalam rumah-tangga, maka dengan mudah ia dapat diuraikan sekiranya suami dan isteri kembali merujuk ke pangkal penyatuan mereka dahulu yakni Allah. Dengan nama Allah kita bertemu (bernikah), maka kepada Allah jua kita merujuk segala-galanya sepanjang perkahwinan ini.

Ertinya, Allah itu bukan sahaja perlu dirujuk ketika awal pemilihan semasa kita beristkharah, tetapi di pertengahan, di hujung sehingga ke akhir perjalanan sebuah rumah tangga. Tuhan telah menyediakan kebahagiaan untuk setiap pasangan yang berumah tangga, tetapi kita perlu berusaha untuk mencari dan mendapatkan kebahagiaan yang telah disediakan itu. Allah telah menyediakan rezeki untuk burung... tetapi burung perlu terbang untuk mendapatkannya!

Jika ada iman, besarlah cita-cita. Apabila besar cita-cita, menjadi keillah masalah. Keluarga yang dibina atas dasar akidah juga mampu berdepan dengan apa jua ujian. Samada ujian itu dalam bentuk kekurangan harta benda, pergeseran jiwa, perbezaan fikiran atau pertembungan emosi antara suami dengan isteri atau ibu-bapa dengan anak-anak. Kesatuan hati mudah dibina dengan sama-sama meletakkan Allah sebagai kuasa Pencatur dan Pengatur dalam apa jua tprogram, dan aktiviti di dalam rumah-tangga.

Jika berlaku ujian kesusahan atau sesuatu yang tidak diingin, sikap menyalahkan orang lain kurang berlaku kerana masing-masing melihat kelemahan diri sendiri sebelum menuding jari kepada orang lain. Kemudian sama-sama menerima semua itu sebagai takdir lalu berusaha mengatasinya mengikut lunas-lunas yang dikehendaki Allah.

Ya, tentu ada marah. Ya, pasti ada sedih, terkilan atau apa sahaja. Namun kemarahan, kesedihan, terkilan dan apa sahaja rasa-rasa yang negatif hanya sementara, cuma seketika... cita-cita yang besar (untuk hidup bersama di syurga) menyebabkan kita mampu memaafkan, meminta maaf dan akhirnya melupakan... dan kemudian pelayaran diteruskan lagi untuk menuju cita-cita besar itu.

Istikharah bukan sahaja mengundang musibah. Istikharah juga menuntut mujahadah. Syurga itu maharnya mujahadah. Justeru tekanlah sifat-sifat mazmumah (buruk) sehingga ke paras paling minima. Bermujahadahlah kerana Allah bukan hanya untuk mendapat penghargaan suami atau isteri. Isteri perlu mujahadah mentaati suami walaupun ketaatannya itu mungkin tidak dibalas dengan setimpal kerana dia berbuat demikian bukan mengharapkan balasan suami tetapi semata-mata kerana Allah. Walaupun takdirnya suami seorang yang menderhakai Allah tetapi itu bukanlah sebab untuk menderhakainya selagi apa yang disuruh atau dikehendakinya tidak berlawanan dengan kehendak Allah.

Inilah ketaatan yang diberikan oleh wanita solehah – Siti Asiah isteri kepada Firaun yang terkenal kerana derhakakan Allah. Siti Asiah berbuat baik kepada Firaun bukan kerana mengharapkan balasan Firaun tetapi hanya semata-mata taatkan perintah Allah yang menyuruh seorang isteri taatkan suaminya walaupun suaminya seorang penderhaka. Hanya apabila menyentuh soal akidah, Siti Asiah bangun melawan dan akhirnya terbunuh sebagai syuhadak.

Begitulah suami yang memberi kasih sayang. Apa jua karenah isteri, terimalah dengan redha dan teruslah mendidik dan mendoakannya. Mungkin itu adalah takdir yang harus diterima kerana itulah jalan menuju syurga. Raihlah pahala dan kemuliaan seperti Nabi Ayub, Nabi Lut, Nabi Nuh, yang bersabar menghadapi isteri yang derhaka demi mengharap redha daripada Allah. Isteri itu pemberiaan daripada Allah, baik dan buruknya adalah untuk menguji kita. Jangan hanya dilihat pada pemberiannya (isteri) tetapi lihatlah siapa yang memberinya (Allah).

Apabila sebuah keluarga benar-benar beriman maka mudahlah mereka menerima syariat sebagai peraturan. Orang yang yakin dengan Allah, pasti yakin dengan peraturan-Nya. Syariat adalah jalan atau platform untuk menuju matlamat yang telah ditetapkan bagi sebuah keluarga. Jika matlamat jelas tetapi jalannya kabur, maka tidak mungkin matlamat itu tercapai. Cita-cita menuju Allah memerlukan kita melalui jalan yang telah dibentangkan-Nya dalam Al Quran dan As Sunnah. Jalan itu ialah syariat.

Oleh itu syariat yang merupakan peraturan-peraturan dari Allah itu mestilah menjadi panduan sepanjang melayari kehidupan berumah-tangga. Ia adalah 'writen law' yang mesti dipatuhi oleh setiap anggota keluarga. Tidak ada siapa walaupun suami atau ayah (pemimpin dalam rumah tangga) yang harus berada 'above the law.' Semuanya tertakluk kepada hukum wajib, haram, sunat, harus dan makruh dalam setiap perlakuan dan tindakan.

Pendek kata dalam rumah-tangga yang menerima syariat sebagai jalan dan peraturan tidak timbul soal 'Queen Control' atau 'King Control' tetapi suami, isteri dan anak-anak sama-sama tunduk kepada Allah – Raja segala raja. Tidak timbul siapa yang menang atau kalah dalam sesuatu perselisihan atau siapa lebih bijak dalam suatu perdebatan.

Apabila iman dijadikan matlamat, syariat diambil sebagai jalan maka dengan sendirilah berbuahlah akhlak dalam keluarga tersebut. Akhlak adalah natijah hasil mengikut jalan yang jelas berpaksikan matlamat yang tepat. Tanpa iman dan syariat tidak mungkin akhlak dapat dihasilkan. Di sinilah salahnya kita, kita menyangka istikharah itu segala-galanya. Padahal ia baru mukaddimah. Ya, terkadang kita terlalu cepat bercakap soal buah sebaik menanam biji benih tanpa menyedari banyak lagi yang perlu dilakukan untuk mendapat pokok yang baik .

Di sinilah letaknya kunci ke arah pelaksanaan pakej kebahagiaan bagi sebuah keluarga. Bermula dengan istikharah, dilalui oleh mujahadah, dan akhirnya barulah membuahkan rahmah dan mawaddah. Islam memberi penyelesaian menjurus dan tembus kepada punca pemasalahan bukan mengubat gelaja-gejala atau akibat-akibatnya berkisar pada formula-formula pinggiran.

Ya, sebagai hamba Allah, merujuk kepada Allah bererti pengabdian secara total kepada kehendak dan peraturannya. Dan bila ini ingin dilakukan kita terpaksa kembali ke pangkal segala urusan yakni beriman kepada-Nya. Roh istikharah (merujuk kepada Allah) itu bukan hanya diawal perkahwinan, tetapi di pertengahan, di sepanjangnya, sehinggalah sampai ke hujungnya... syurga. Inilah istikharah cinta!

ISTIKHARAH CNTA

Kekadang mahmudah tidak kecapaian

Hanya dengan indahnya permulaan

Tapi harus ditempa oleh tusukan ujian

Dari kesakitan, kegagalan dan persengketaan...

sepanjang perkahwinan

Seringkali dosa dan mazmumah

Ditandai oleh retaknya ukhwah

Sejauh mana kasih cinta kita berdua

Dibatasi oleh cinta kita pada yang Esa

Teguh iman, kukuhlah percintaan

Isteriku...

Kekadang Allah menyempitkan...

Supaya kita tak hanyut dalam kesenangan

Kekadang Dia melapangkan...

Supaya kita tak selalu dipagut kesempitan

Kekadang Dia melepaskan kita dari kedua-duanya

Supaya tidak bergantung kepada sesuatu

selain-Nya!

Isteriku...

Istikharah cinta kita...

Inilah tagihannya

Istikharah cinta kita...

Mujahadah itulah maharnya!


13 March 2012

siapa mereka SELAIN keluarga dan SAHABAT yang ada

Assalamualaikum (",)

siapa mereka ? siapa mereka sebenarnya . insan insan yang sentiasa ada untuk aku selain dari family dan kawan kawan . aku tak tau nak panggil apa diorang ni . sebab aku rasa bukan lah seorang kawan atau sahabat . jauh sekali adik beradik . tapi mereka adalah ADIK . yang telah aku anggap sebahagian daripada hidup aku . mereka muda daripada aku . yes ! I LOVE THEM so much . sayang seorang kakak kepada seorang ADIK . THEM . yes . yang selalu ada menghiburkan aku ketika aku bersedih . diorang tak sedar pon sebenarnya . but . only me and myself realize about that . mereka adalah
  • Mohammad Shahril Abd Halim
  • Nurul Izzati Ahmad Roslan
  • Siti Hazwani Ridzuan
  • Mohamad Azaman
siapa mereka ? inilah adik adik aku selain RABIATUL ADAWIYAH SANAPI . rasa bahagia bersama mereka semua . setiap seorang tu ada kisah disebalik perkenalan kami . tiada buyers . cuma keikhlasan dan kejujuran yang sentiasa kami dahulukan . adik adikku . terima kasih kerana hadir dalam hidup ku ini (",)

semoga perhubungan ini akan terus kekal hingga ke SYURGA .

Lirik Lagu Sabar – Wani ft Hafiz

Bila ku terkeliru dengan keadaan

Manakah itu benar yang mana itu bukan

Usah kau rasa binggung

Usah kau gelisah

Yakinlah saja padanya

Hadapi dengan sabar

Semua terjadi adalah

Dengan izinnya tuhan

Senyumlah sayang senyumlah jangan kau bersedih-sedih selalu

Kerana ada hikmah disebalik setiap yang belaku

Senyumlah sayang senyumlah jangan kau bersedih-sedih selalu

Kerana ada hikmah disebalik setiap sesuatu yang belaku

Hidup didunia ini penuh dengan cubaan (cubaan)

Harusnya kita menjaga titik kebaikan

Andai timbul keadaan yang makin mencabar

Akan ku hadapi semua penuh dengan sabar

Semua yang terjadi adalah

Dengan izinnya tuhan

Senyumlah sayang senyumlah jangan kau bersedih-sedih selalu

Kerana ada hikmah disebalik setiap yang belaku

Senyumlah sayang senyumlah jangan kau bersedih-sedih selalu

Kerana ada hikmah disebalik setiap sesuatu yang belaku

Senyumlah sayang senyumlah jangan kau bersedih-sedih selalu

Kerana ada hikmah disebalik setiap yang belaku

Senyumlah sayang senyumlah jangan kau bersedih-sedih selalu

Kerana ada hikmah disebalik setiap sesuatu

Senyumlah selalu (senyumlah selalu)

Senyumlah selalu (senyumlah selalu)

Senyumlah selalu

12 March 2012

segmen: Blog Reviewing by Haruno Hana


Assalamualaikum (",)

sambil sambil bermukabuku tadi saje je la google : segmen . nak tengok segmen yang latest kat ruangan blogger ni . then terjumpa la yang ni . moh la join . aku tak nak tag individually tapi nak tag semua blogger yang baca entry aku ni . nak join ? klik sini ok :) ye la . nak jugak si HARUNO HANA ni review blog aku yang tak seberapa . hope cik adik dapat beri komen yer . kot kot la ade ape ape yang boleh di'improve' (",)

Segmen : Tambah Follower Sampai Pening

Assalamualaikum (",)

jom la join sama . saje je ni . boring boring . boleh la tambah kenalan semua . kan . ade yg nak join ? jom jom . anyway . memang suke join segmen bagai . di saat tak de idea untuk entry baru kan . why not . lest join together !!

ayuhh !! lakukan perubahan (",)

Assalamualaikum (",)

SUBHANALLAH . terasa sangat tenang dengan anugerah ALLAH yang ALLAH kurniakan hari hari . sebelum ni macam nampak tak nampak je . bersyukur pon macam hidup segan mati tak mahu . tapi semakin aku diuji, semakin aku rasakan yang ALLAH itu MAHA PENYAYANG . ya! sebelum ni aku terleka dengan keseronokan . al-maklumlah . remaja memang sukakan keseronokan . ape diorang kata "rugilah tak enjoy" . biarlah kata kata tu menjadi angin lalu je . masuk telinga kanan . keluar telinga kiri . bagi aku, AJAL MAUT tak kenal usia . selagi kita diberi kesempatan untuk berubah . berubah lah . jangan ditangguh tangguhkan lagi . sebagai seorang wanita . kita sepatutnya buat checklist WANITA ISLAM . apa yang patut kita buat untuk mendapat title WANITA SOLEHAH . agar hidup kita tak menjadi sia sia .

checklist yang macam mana ? aku cuba senaraikan ok
  • jaga aurat . tutup aurat dengan sempurna . boleh rujuk entry entry lepas untuk tentang aurat
  • jaga percakapan, perlakuan
  • SOLAT ! jangan tinggal . raihlah khusyuk dalam solat
  • baca AL-QURAN . tadabbur selalu untuk benar benar memahami isi AL-QURAN
  • jaga pergaulan dengan sesama manusia tambah tambah lagi dengan BERLAINAN JANTINA
  • jaga hubungan dengan ALLAH
  • dan banyak lagi ... berusaha untuk menjadi SOLEHAH . Lillahita'ala
jom perbaiki diri untuk menjadi lebih baik . semoga kita mendapat keberkatan dalam hidup untuk masa yang ada ni . jangan sia siakan kehidupan ini . tau ! jom la sama sama berubah . aku tak nak berubah sorang sorang . aku nak ajak semua orang sama sama berubah kerana ALLAH . insya ALLAH kalau kita ikhlas . perubahan ini akan kekal lama . jadikanlah kisah lalu sebagai pengajaran untuk kehidupan yang lebih baik untuk masa depan . jom jom . ALLAHUAKBAR . hidayah itu perlu dicari . bukan untuk dinanti . INGAT !!! Jika kamu berubah menjadi soleh dan solehah hanya kerana untuk mencari pasangan hidup dan bukan untuk ALLAH , kamu masih lagi diri kamu yang lama . Disebabkan ini , bila ada musibah yg menimpa, ramai menyalahkan takdir dan beranggapan bahawa ALLAH itu tidak adil . Tanya pd diri kamu sendiri, adakah kamu adil dengan ALLAH?

Di antara tanda seseorang itu LALAI adalah apabila dia merasa SELESA dan REDHA dalam suasana JAHILIAH..tetapi ingatlah, hanya Allah yang memiliki hak eksklusif untuk memberi HIDAYAH kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya . Maka, perlulah bagi dirimu untuk MENINGGALKAN sifat-sifat jahiliah yang tertanam dalam diri dan MENCARI sinar hidayah dariNya..hidayah tidak akan datang tanpa USAHA untuk mencarinya, jahiliah juga tidak akan HILANG tanpa usaha untuk meninggalkannya . maka, nilailah dirimu atas nilaian Penciptamu :)

semoga ALLAH merahmati kita semua ! insya ALLAH . gambar gambar yang aku letak ni adalah untuk si dia . tapi entah la siapa . semoga ALLAH tibakan masanya . ‘Imam Hassan Al-Banna menyampaikan ceramah mengenai al-Quran pada setiap hari Rabu di kawasan ‘Al Hilmiyah’. Pernah seorang pemuda mengemukakan satu soalan yang menarik :

"Adakah bercinta itu halal atau haram?"

Hassan Al-Banna tersenyum lama dan kemudian menjawab:

"Cinta yang halal itu halal dan cinta yang haram itu haram."

SUBHANALLAH : Hidayah perlu diminta dari Allah setiap masa, hidayah perlu dicari. Hanya yang benar-benar menghendakinya akan memperolehi. Allah pasti berikan hidayah bagi mereka yang benar-benar dahagakan hidayahNya. Wallahua'alam.

11 March 2012

ketika ini + saat ini =)

Assalamualaikum (",)

Saat aku merenung langit cerah..melihat kehidupan sekeliling masih berjalan seperti biasa..tersenyum sendirian, Allah itu memang BAIK...

dan ketika ini..

ada jasad bernyawa DILAHIRKAN di dunia..

ada insan sama JATUH CINTA pandang pertama.

ada manusia sedang NYENYAK dibuai mimpi..

ada orang menerima PENDAPATAN lumayan hasil lelah meraka..

ada pasangan BERKAHWIN membina istana bahagia..

ada budak baru BELAJAR MEMBACA..

ada anak baru belajar MENYEBUT pertama kalinya..

ada yang MERENUNG JAUH ke angkasa merenung impian..

ada yang MENIKMATI hari terbaik hari ini..

bermakna..indah..


tapi ketika ini..

ada yang DIKHABARKAN hidupnya hanya seminggu lagi..

ada yang MEMBUNUH dirinya sendiri..

ada yang MERAYU rezekinya di hujung jalan..

ada yang KEHILANGAN kesayangan mereka selamanya..

ada yang DIJATUHI HUKUMAN ke penjara seumur hidupnya..

ada yang BEKERJA 16 jam tanpa henti tiada habuannya..

pahit..perit..

imbas..

AKU DI SINI..

punya arus elektrik membekal cahaya dan haba..

punya makanan tersedia untuk dijamah..

punya air bersih untuk bersiram..

punya masa untuk menulis ini..

p/s : Harusnya..aku BERSYUKUR, terima kasih Allah atas segala NIKMAT kurniaanMu ini..tidak mampu ku luahkan betapa aku bersyukur padaMu, segala puji hanya bagiMu..

10 March 2012

A.P.I : Pelita . di saat hati kegelisahan

Assalamualaikum (",)

Tak pernah sesaat daku meragui

Apa yang telah daku temui

Selama ini

Tak pernah sesaat daku menyesali

Apa yang telah aku nikmat

Apa ku alami

Selagi hayat di kandung badan

Takkan ku menyerah kalah

Walau mimpi ku musnah

Harapan ku hancur

Sayap ku patah

Kan ku pancarkan cahaya

seperti pelita ke serata dunia

Yang gelap gelita

Sehingga hembusan nafas

Yang terakhir

Tak pernah sesaat ku mencurigai

Apa yang telah aku kecapi

Setakat ini

Tiba saatnya kan ku tangisi

Pada yang pergi takkan kembali

Kembali lagi

Selagi hayat di kandung badan

Selagi jasad ku belum terkubur ( belum terkubur 2x )

Selagi tubuh ku belum ditimpa uzur ( belum ditimpa 2x )

Pantang datuk nenek moyangku

Berundur

Akan ku pancar cahaya seperti pelita

Ke serata dunia

Seperti cahaya

09 March 2012

WARKAH BUAT HAWA...utk renungan diri sndiri dan kaum hawa..

Assalamualaikum (",)

HAWA , andai engkau masih remaja, jadilah anak yg solehah bt kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH...

HAWA, andai engkau belum berkahwin, janganlah kau risau jodohmu, ingatlah janji tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu, kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan, takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri...

HAWA, lelaki yang baik tidak melihat pada paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keayuannya, lelaki yang warak, tidak menilai wanita melalui kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman lelaki, tetapi, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang paling penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya, kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya, lelaki yang warak juga, tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu HAWA, jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH, yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik, serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

HAWA, cintailah ALLAH dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH, cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain daripada cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncangkan dunia, juga mengoncangkan iman lelaki.......Peliharalah diri kita.....

08 March 2012

saudara seAQIDAH :)

Assalamualaikum (",)

tersenyum sendirian bila pegi ke minimart kolej . amoi kedai tu tanya "eh sejak bila u pakai macam ni? baru la nampak cantik" . dalam hati aku . ALHAMDULILLAH "baru start sem ni" . aku berlalu dan lantas berfikir . CANTIK ? . orang bukan islam pon kagum dengan kita kalau kita berjubah dan bertudung labuh . terpelihara dari mata mata nakal dan menjauhkan diri daripada pintu pintu maksiat . demi Allah, ISLAM tu sangat indah sebab memelihara kita dari segala bentuk kejahatan :)

baru lepas khatam buku tulisan FATIMAH SYARHA . Sebarkan Cinta-MU dengan Tautan Hati . sangatttttt menyentuh hati dengan setiap ayat yang diperincikan dengan nasihat dan teguran seolah olah kita sedang melalui suasana tu . NOVEL TAUHID . tak semua orang sanggup membacanya . tapi kalau dah sekali baca . mesti nak tahu setiap jalan cerita . benar ! Allah sangat memuliakan WANITA . diciptakan dari rusuk kiri kaum adam . untuk sentiasa berada di sisi :)

apa yang dapat disimpulkan . akk fatimah syarha membuat banyak rujukan untuk menghasilkan sebuah novel tauhid ni . dan dia seorang yang sangat rajin membaca . tidak hairanlah terlalu banyak hadis dan ayat al-Quran yang dinyatakan dan tafsiran ayat yang betul betul diterima . dia membawa watak ke dalam novel tu supaya kita melaluinya sendiri . insya Allah . akan baca sekali lagi . untuk mengambil segala intipati yang berguna :)

nanti akan dikongsikan di sini . akhirkata .. suburkan harimu dengan membaca . hidupkan malam mu dengan tahajjud . tingkatkan imanmu dengan ALLAH . ALLAH . ALLAH . hiasi aqidah dan akhlakmu dengan LILLAHI'ALA :)

07 March 2012

MUSIBAH tingkatkan darjat MUKMIN


DALAM hidup ini Allah sentiasa menguji kita. Ujian Allah pelbagai dan orang yang diuji Allah juga pelbagai. Ada yang diuji Allah dengan musibah seperti kematian orang disayangi, kebakaran, kemalangan, kehilangan, bencana alam dan yang selalu diuji Allah kepada kita ialah dengan mendatangkan sakit.

Tidak seorang pun daripada kita yang hidup di dunia ini terlepas daripada menerima ujian Allah. Yang membezakannya hanya bentuk ujian itu. Ada yang ringan dan ada yang berat ujiannya.

Walau apa saja yang kita alami di dunia ini, ia adalah sunnatullah yang telah ditetapkan menurut hikmah-Nya sebagai cubaan dan ujian. Dalam al-Quran banyak disebut mengenai ujian Allah ini. Dengan kata lain, manusia sentiasa diuji oleh Allah dengan pelbagai bentuk sama ada manusia suka atau tidak Allah tetap mengujinya.

Al-Quran dalam surah Al-Anbiya ayat 35 Allah berfirman yang bermaksud: “Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.” Dalam surah Al-A’raf ayat 168 pula Allah berfirman yang bermaksud: “Dan, Kami cuba mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana) yang buruk, agar mereka kembali (kepada kebenaran).” Melihat dua firman Allah di atas, jelas bahawa pelbagai penyakit yang menimpa umat Islam itu adalah sebahagian daripada cubaan ataupun ujian Allah yang diberikan kepada hamba-Nya. Sesungguhnya cubaan dan ujian itu adalah sunnatullah yang telah ditetapkan berdasarkan rahmat dan hikmah-Nya, di mana di dalamnya terkandung kebaikan dan rahmat bagi hamba-Nya.

Harus kita ingat bahawa Allah memberikan hidayah dan taufik kepada setiap hamba-Nya dengan jalan yang berbeza-beza. Salah satunya dengan mendatangkan musibah sakit kepada hamba-Nya.

Kita hendaklah sentiasa bersangka baik dengan Allah terutama ketika kita ditimpa musibah sakit atau musibah lain. Ujian sakit yang diberikan-Nya itu tanda kasih sayang-Nya dari Khalik kepada makhluk-Nya. Allah selalu mencintai hamba-Nya yang sabar, ikhlas dan reda. Dan sebagai hamba-Nya yang beriman, kita hendaklah selalu memuji Allah yang tak pernah putus-putus memberi rahmat kepada kita hatta ketika kita sakit.


Sehubungan itu, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya, besarnya pahala sesuai dengan besarnya cubaan. Sesungguhnya, jika Allah mencintai suatu kaum, maka Dia akan menguji mereka. Barang siapa yang reda dengan musibah itu maka baginya keredaan Allah. Dan barang siapa yang marah (tidak reda) dengan musibah berkenaan, maka baginya kemurkaan Allah.” (Hadis riwayat Tirmidzi) Sabda Rasulullah lagi yang maksudnya: “Setiap sesuatu itu mempunyai hakikat dan tidaklah seorang hamba mencapai hakikat iman sehingga dia menyedari musibah yang menimpanya bukan untuk menyalahkannya dan kesalahan yang dilakukannya bukan sebab untuk ditimpakan musibah kepadanya.” Syuraih rahimahullah berkata: “Aku benar-benar ditimpa musibah. Namun aku memuji kerana empat perkara. Aku memuji kerana musibah itu, bukan yang paling kuat, kerana kau dianugerahkan kesabaran menghadapinya. Kerana aku diberi taufik untuk mengucapkan ‘Ina lillahi wa inna ilaihi raji’un’ sehingga aku boleh memohon pahala, dan kerana musibah itu tidak dijadikan pada agamaku.” Sementara Al Ghazali rahimahullah pula berkata: “Setiap musibah dan penyakit harus digambarkan ada yang lebih besar lagi. Sebab ketetapan Allah tidak boleh dicegah. Sekiranya Allah melipat ganda dan menambahkannya apakah yang boleh menolaknya? Walaupun demikian, dia tetap harus bersyukur kerana hal ini bukan yang paling besar di dunia. Jadi, tidak seorang pun ditimpa musibah, melainkan dia harus melihat hal Allah yang boleh menimpakan musibah yang lebih besar lagi di dunia pun di akhirat.” Sebenarnya ada hikmah bagi orang mukmin bila ditimpa sakit kerana dalam sakit itu terkandung pahala dan keampunan serta sekali gus mengingatkan kepada kita akan kekuasaan dan kebesaran Allah. Dan darjat yang tinggi Allah berikan kepada mereka yang tabah dan sabar dalam menghadapi musibah sakit ini, dengan syarat pesakit tidak melupakan kewajipan solat lima waktu. Betapa pun sakit itu tidak membolehkan kita untuk berdiri atau bersuci, namun kita tidak boleh meninggalkannya hanya atas sebab itu.

Sesungguhnya solat adalah jalan terbaik mendekatkan diri kita dengan Allah, di mana hanya Dia saja tempat untuk kita mohon pertolongan bila ditimpa musibah. Hanya Allah saja yang boleh membantu dan memberikan pertolongan kepada kita.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Solatlah di atas tanah selama kamu mampu. Jika tidak, cukup kamu memberi isyarat dengan menggerakkan badan dan lakukanlah sujudmu lebih rendah daripada rukukmu.” (Hadis riwayat Thabrani dan disahihkan oleh Al-Albani).

Sementara Allah berfirman dalam al-Quran yang maksudnya: “Bertakwalah kepada Allah menurut kesanggupanmu.” (Surah At-Taqhaabun ayat 16) Sama ada berat atau ringan sakit yang kita alami, semuanya cubaan dan ujian Allah kepada kita. Tapi kita tidak perlu bersangka buruk terhadap Allah kerana Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit itu tanpa ubatnya. Ertinya setiap penyakit yang ada di dunia ini ada ubatnya disediakan oleh Allah. Hanya mati saja tidak ada ubatnya.

Dari Abu Hurairah r.a. dia berkata, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Allah tidak menurunkan penyakit melainkan pasti menurunkan ubatnya.” (Hadis riwayat Al Bukhari) Selain ubat, doa juga penting untuk cepat menyembuhkan penyakit. Berdoa bererti memohon kepada Allah yang Maha Mengetahui penyakit yang kita deritai dan Dia yang Maha Berkuasa dapat menyembuhkannya. Bersungguh-sungguhlah berdoa kepada Allah. Firman Allah dalam al-Quran surah Al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud: “Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Aku, maka sesungguhnya Aku ini dekat. Aku mengabulkan permintaan orang yang berdoa, jika ia benar-benar memohon pada-Ku.”

06 March 2012

terima kasih ALLAH (",)

Assalamualaikum (",)

malas nak layan jiwang sangat . tapi perasaan tu datang jugak kan . Alhamdulillah . itu maknanya aku ni NORMAL . kan :) so jangan nak meluat sangat lah tengok status aku . entry aku . baca je k . untung untung korang semua boleh join aku jiwang . hehe

anyway . THANKS A LOT to ALLAH . ALHAMDULILLAH syukur . satu masalah aku dah selesai . berkat kesabaran, istikharah dan musyawarah . i get what i really want . syukur tak terhingga banyaknya . betul la kata orang . Allah adalah sebaik baik tempat untuk kita mengadu dan meminta pertolongan . kalau kita ikhlas dan sentiasa dekat dengan DIA . insya Allah DIA akan makbulkan doa kita . itu semua kuasa ALLAH . no one can deny it :)


senyum lebar sampai telinga . then i will say . hope the 'day' will come . and because of ALLAH . selamanya tak dapat buang lagi perasaan ni . only u (",)

05 March 2012

suami SOLEH ? SOLEHAHkan dirimu terlebih dahulu :)

Assalamualaikum (",)

lama aku mencari kekuatan untuk update pasal ni . tapi nampaknya its become more worst and worst kalau aku simpan lama lama . yes ! some people akan kata aku ni syok sendiri . tapi jujurnya aku tak penah minta aku jadi macam ni . bukannya aku tak cuba untuk lupakan sebab aku tahu semua yang aku impikan tak akan jadi kenyataan pon . ya ! aku boleh tipu semua orang dengan mengatakan 'saja je bukannya betul betul pon' . tapi jauh di sudut hati . I MISS HIM SO MUCH . exactly !! sorry to say that . mungkin aku perlu kembali tarbiyah diri aku . supaya aku tak leka . dan cemari hati aku dengan sia sia dengan perasaan yang sepatutnya aku curahkan pada suami aku nanti . akan aku cuba sadaya upaya untuk kekang perasaan ni . supaya CINTA aku ini akan lebih suci untuk aku berikan pada yang layak, selayaknya setelah ALLAH dan RASUL iaitu SUAMIku :)

entah siapa gerangannya . itu adalah rahsia Allah yang sangat besar . untuk mendapat suami SOLEH . SOLEHAHkan lah dirimu :) aku petik petikan dari buku "PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL tulisan FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN"

"jika kau belum berkahwin, kejarlah Allah SWT sebelum mengejar cinta lelaki . tanpa redha Allah SWT, andai dirinya kau miliki sekalipun, kau pasti takkan bahagia . percayalah . sia sia segala usaha yang kau curahkan atas dasar maksiat . ianya hanya meluputkan berkat dalam hidupmu . kerana asyik bercinta, mungkin juga jodohmu lambat kerana kebanyakan lelaki hanya ingin mengambil kesempatan berseronok dengan gadis yang mudah menyerah . habis madu sepah dibuang . jika ingin mencari isteri pula, biasanya mereka akan mencari gadis yang terpelihara dan terjaga"

jelas kan . jangan la kau cemari hati mu dengan pintu pintu zina ;) Wallahu'alam