31 December 2012

Pahit Manis 2012 - Part 1

Assalamualaikum (",)

31 Disember 2012 - hari ni adalah hari terakhir tahun 2012 . permulaan 2012 aku dengan final exam semester 5 . dan tahun 2012 juga bermula dengan Final Year Project untuk semester kedua yang 5 kredit tu dan 2012 juga ada pahitnya . 2012 lah betapa keringnya air mata aku selepas keluar keputusan exam semester 5 pada hujung January .  sedihnya hanya Allah saja yang tahu . aku FAIL DUA PAPER ok ! tak pernah seumur hidup . mula mula memang susah nak terima hakikat but life must go on right . sepanjang aku di semester 6 tu . tiap tiap malam mengalir air mata sebab aku tak dapat terima yang aku akan extend . tapi Allah punya rencana yang lebih baik . kan . tahun 2012 tu sepatutnya tahun terakhir aku sebegai pelajar . tapi Allah tentukan segalanya . aku terima . redha . ada hikmahnya insya Allah .

untuk subjek semester 6 masa tu banyak projek yang best especially untuk subjek ecotoxicology . best best best . satu kumpulan pulak dengan MASYI LIZA NOZIE dan DIVA . lagi la happening . walaupun ade la dugaannya jugak pun . tabah . dengan PTA nya lagi . rasa macam semester 6 di tahun 2012 tu lah paling havoc sekali . memang menggila dah otak ni . tahun 2012 jugak aku satu bilik dengan LIZA . trust me . satu bilik dengan Liza adalah yang paling best dalam hidup sepanjang aku di Unimas . aku tak tahu lah nak explain cemana tapi aku rasa happy happy dan happy . satu bilik dengan Hana jugak . my little junior . haha . dan housemate yang osem ! serusli . sedih tau nak pisah dengan diorang hari tu . 

sepanjang awal 2012 sampai bulan 6 macam tu . memang penuh dengan labwork . tapi semester 6 ni jugak aku ade amek subjek yang aku penah drop dulu . pegi fieldwork dengan juniors . best ! unexpected memories . dapat main air laut yang bersih dan jernih is my dream . masa tu musim obor obor . thats y air jernih je . nasib baik la tak de obor obor yang menyerang . bagi aku fieldwork dengan dr. khairul best best best . tak rugi ! for me 6 bulan pertama 2012 seolah olah memberi aku 1001 kenangan . pengalaman . aku jugak ada perang dingin dengan seseorang . sampai sekarang masih belum ok lagi . baru baru ni aku ada terfikir . entah lah . aku tengah mencari jalan untuk pulihkan semua ni . 

29 mei 2012 . adalah hari bersejarah buat aku . sebab hari tu lah kitorang kena hantar final report final year project . lega sangat sebab semuanya dah selesai . cuma tunggu untuk presentation je masa tu . hanya Allah je yang tahu kebahagiaan yang aku tunggu selama ni . best tau sangat best , sebab 3 tahun kau tunggang tebalik study at the end with your own work and effort . alhamdulillah . lebih kurang 3 minggu lepas tu aku exam final sem 6 . semuanya ok . alhamdulillah . dan masih menanti untuk presentation . debarannya hanya Allah yang tahu . 10 min sebelum perbentangan rasa kaki ni tak berpijak di bumi dah . awangan je rasa . neves giler ok . tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar . lepas prsentation tu aku menangis teruk sangat . bcoz of other things . thanks masyi for lending me your shoulder . mungkin dah lama sangat aku pendam benda tu . sehari selepas tu ade dinner pre-graduation untuk batch aku . for me dinner tu best . tapi still macam rasa something . tak pe aku maafkan diorang ^^

thats only half of 2012 . its very havoc . HAHAHA . suka duka semuanya ada . dan masa tu jugak la dah dapat balik report yang dah dievaluate . dapat A- untuk FYP . thanks all . Alhamdulillah . dan mula bertungkus lumus untuk jilid pulak . next entry ok ! sekian :)

28 December 2012

Final Exam mula TAHUN DEPAN

Assalamualaikum (",)

hai semua ! bajet ramai je baca blog ni, alhamdulillah kalau ada . thanks ! just want to wish . selamat menghadapi peperiksaan akhir semester especially untuk Ika, dengarnya first paper 1 jan . so sambut tahun baru di dewan peperiksaan la eh . gudluck ika ! ganbate !!! u can do it ! prove it ! . untuk kawan kawan yang lain jugak . semoga semester ini lebih baik dari sebelum nya . in term of your result . tau tau . jangan putus asa . usaha sampai bila bila . infinity 

untuk kawan kawan yang dah habis study . no exam lagi dah . tapi jangan lupa doakan kami . liza , doakan aku lulus untuk semua paper sem ni .. dan lebih bersemangat untuk semester depan , miss u dear !

ok dah . last but not least ! Bittaufiq Wa Najjah :)

*ade orang kaborkan yang final exam start TAHUN DEPAN, agak agak dah lame ke makan ikut mulut ? hihi . just kidding . memang tahun depan pun . tapi kira la guna jari, berapa hari je lagi pun nak ke tahun depannyer .. 

semoga berjaya !


27 December 2012

Allah itu dekat

Assalamualaikum (",)

selamat pagi dunia !! my study week begin on wednesday . haha, at night ok ! tak pe, first paper hari Jumaat depan . ape nak kalut . relax je . ingat lagi study week yang lepas lepas . macam ini lah gayanya . tidor waktu siang, malam ke pagi berjaga sebab study . eh . study ker ? aku dengan Allah je tahu . so kengkawan . selamat ulang kaji . kasi result gempak nanti k .

actually, i dont have any idea yet to post something interesting here . tapi rindu nak berblog jugak . itu yang post merapu tu . cuma nak kongsi beberapa ayat .

"kita hidup jangan terlalu bergantung kepada manusia, kelak manusia itu akan pergi, sama ada dengan kerelaan dia atau tidak . mungkin juga takdir atau paksaan . so, hidup ni bergantung lah 100% kepada Dia, Allah SWT yang akan kekal selamanya . susah kan . sebab Allah tak nampak, tapi bagi mereka yang beriman, walaupun tak nampak sebenarnya Allah tu dekat dengan kita . dekat di hati . macam orang bercinta, jauh di mata dekat di hati . so kita wajib cintakan Allah, so kita akan dapat rasa semua tu . just like, kita nampak bulan, tapi bulan tu jaaauuuhhh sangat, sebaliknya kita tak nampak Allah, tapi sebenarnya Allah tu dekat sangat . simple kan"

anything anytime anywhere just back to Allah . insyaAllah akan bahagia selamanya !! aamiin ya Allah


26 December 2012

Segmen Blogger Aku Datang

Assalamualaikum (",)


nah sebesar alam aku tepek kat sini, hihi, anyway disebabkan kemalasan entry blog yang baru, so join je la segala bagai segmen ni

kalau nak join, sila klik SINI


25 December 2012

Selamat Menghadapi Minggu Belajar

Assalamualaikum (",)

hilang punca untuk entry baru . tak ade idea . so untuk itu . aku cuma nak ucapkan "selamat minggu ulang kaji" . untuk seluruh IPT di Malaysia . 



Study yer, jangan tidor je banyak . peringatan untuk diri sendiri

Cerpen: Cinta Teragung

Malam itu seperti biasa, bertemankan bintang berkerlipan. Aku masih dijendela walaupun jam menunjukkan jam 1.00 pagi. 'Masih awal lagi' detik hati aku. Entah kenapa, sebak di dada belum lagi hilang. Getaran di jiwa seakan berlagu sama seperti turun naik helahan nafas. Buntu! Aku buntu mencari sebab tentang apa apa yang jua yang sedang berlaku ini. Aku kah yang bersalah? Aku kah yang pentingkan diri sendiri. Allah .. aku tak mampu untuk menghadapi semua ini lagi untuk kali ke berapa, entah aku sendiri lupa. Allah, aku hanya impikan kebahagiaan seperti orang lain. "Lia, tak tidur lagi?", teman sebilik aku, Fara menegur dari belakang. "Lia fikir ape lagi ni? Tengok tu, menangis lagi, kalau menangis je, ape lah penyelesaiannya? Dah tutup tingkap tu, dah lewat ni". Fara terus terusan membebal, seperti biasa. Dengan lemah aku menjawab, "belum mengantuk lagi lah makcik". Fara dah terlelap, hanya beberapa minit berhenti bercakap. Itulah Fara teman sebilik aku, pantang diletakkan kepala, cepat sangat terlelap.

Pagi itu seperti biasa selepas subuh, aku kejutkan teman serumah yang lain untuk solat subuh dan aku siapkan sarapan. Fara awal awal lagi dah keluar berjogging. Itulah rutin harian Fara. 30 minit kemudian Fara pulang dengan keadaan termengah mengah. "Eh kenapa kau ni Fara, dah macam kena kejar dengan anjing je, eh anjing dekat simpang tu kejar kau ker?". seloroh aku. "Ish awak ni Lia, mana satu soalan nak jawab ni, bukan la, Amir, Amir ada di bawah, nak jumpa kau". terus terang Fara. Aku tak mampu untuk berkata kata, tapi di dalah hati aku, aku bertanya, apa lagi yang Amir nak dari aku? Tak cukupkah dia perlakukan aku seperti boneka selama ni?. "Eh Lia, kenapa diam ni, pegi la jumpa Amir tu, dah macam mati bini aku tengok". fara mendesak, tapi aku?

Kelas hari ni seperti biasa, selepas kelas aku terus ke pondok bas untuk pulang ke kolej. Panas terik dan tiba tiba meluncur sebuah motosikal di hadapan aku. Kelibat Amir sahaja yang aku nampak. "Ya Allah apa lagi la yang Amir ni nak?". Amir terus mendekati aku tetapi dinding memisahkan kami, aku tahu Amir tak akan sesekali memandang aku, masalah kami ini pun sebenarnya bukan kehendak dia tapi hanya salah faham. Entah kenapa hati aku terlalu keras untuk memahami dia. Walid hubungi aku lagi semalam. Bertanyakan jawapan aku. Argghhhh! Aku buntu sangat buntu. Tiba tiba, "Assalamualaikum, Nurdahlia Amani, saya minta maaf untuk ke-114 kali, saya tahu awak tak akan maafkan saya, tapi saya tetap akan berusaha mendapatkan kemaafan awak. Awak boleh tolak kalau awak nak. Terima kasih Lia, assalamualaikum", Amir terus berlalu pergi. Tanpa aku sedar airmata berjuraian ke pipi. Allah, aku tak mampu.

Itulah kali terakhir kelibat Amir di hadapan aku. Rindu? Tak mungkin. Aku benci dia. Walid sudah ada jawapan daripada aku. Malam itu lama aku berbual dengan Walid, "Walid faham isi hati kamu Dahlia, walid faham, nanti walid sampaikan di pihak sana". Walid memang memahami. AKu baru berusia 22 tahun telah diuji dengan fitnah manusia gara-gara telefon bimbit aku tertinggal di dewan kuliah, walid mula menyalahkan aku sejak dari dan dia sedia menerima siapa jua yang enak di matanya untuk menjadi suami aku. Sedangkan hati aku masih belum bersedia. Walid sangat memahami, di dalam ketegasannya walid masih berlembut tetapi aku wajib meneruskan pengajian aku di Timur Tengah. Itu syarat walid. Aku akur.

Dua tahun aku di Jordan, aku menerima berita pemergian sahabat baik aku, Fara. Fara menghidapi barah hati sejak pertama kali aku mengenali dia. Tapi aku tak pernah tahu. Kesakita yang Fara alami tersemat baik menjadi rahsia dia dan keluarga. Sedihnya hanya Allah yang tahu, sejak aku menjejakkan kaki di Jordan, belum pernah lagi aku kembali ke Malaysia. Janji aku, aku tak akan kembali selagi pengajian aku belum selesai dengan Jayyid Jiddan. Sekali sekala aku terkenangkan Amir. 3 tahun tanpa khabar berita.

Hampir sebulan aku kembali ke Malaysia dengan Masters dalam Pengajian Hadis. AKu kembali dengan semangat baru. Belum pun sempat aku menghilangkan kerinduan kepada keluarga. Aku dilamar lagi. Tetapi kali ini aku tidak mengenali siapa lelaki itu sehinggalah hari aku memberi jawapan kepada Ummi dan Walid. Aku memberanikan diri untuk melihat gambar pemuda itu. Alangkah terkejutnya aku, bahawa pemuda itu adalah Amir Mujahid yang aku benci satu ketika dahulu. Gara-gara tindakannya melamar aku ketika aku masih bergelar pelajar pra-siswasah. Dan dia juga yang menggunakan telefonku untuk menghubungi kedua orang tuaku sehingga mereka salah sangka terhadap aku. Allah, dia lagi? Bertak aku. Aku meminta masa lagi daripada walid. Walid tersenyum sambil berkata, "inilah jodoh kamu dahlia, dia datang kepada kamu, dan kamu tolak dia, telah ditakdirkan Allah, dia datang lagi, adakah kamu masih mahu menolak?". Berlinang air mata aku. 5 tahun Amir menunggu aku. Benar kata walid. Amir adalah jodohku. Syukur ya Allah kerana memberi ku rasa ini. Selepas 3 bulan bertunang, kami dinikahkan. Alhamdulillah, bahagianya aku rasa. Benci ku dulu menjadi sayang.

minggu kedua pernikahan kami, Amir mengajak aku berpindah ke rumah yang telah dia sediakan untuk aku. Malam itu, aku terjaga kerana terlalu dahaga, dan aku terpandang satu nota di atas meja :

Cahaya cinta hatiku Nurdahlia Amani binti Ahmad Mustakim,
Abang minta maaf, bukan tujuan abang untuk menfitnah Lia dulu. Tapi itu hanya gurauan semata. Abang tak sangka kawan kawan abang akan hebohkan. Memang abang ada cakap, yang abang sayangkan Lia, tapi hanya abang. Lia tak tahu apa apa kan. Abang tahu bagaimana tegasnya walid dan ummi Lia. Abang minta maaf Lia, disebabkan itu jugak, Lia terpaksa berpisah dari keluarga Lia, Lia perlu mengharungi tomahan orang, "berpurdah tapi bercinta jugak". Maafkan abang Lia, Arwah Fara ada mencerita kepada abang tentang Lia yang selalu bersedih kerana umpama iman Lia tercalar kerana lelaki. Tetapi ingatlah sayang, abang akan tebus segala dosa abang pada Lia dulu. Abang sayangkan Lia, kerana fitnah itu jugak, abang ambil langkah untuk melamar lia. Hanya itu caranya untuk abang padamkan fitnah ini. 

Cinta hatiku,
semoga dengan cinta yang halal ini, kita dapat bersama hingga ke Syurga. Allah menguji kita dahulu. Maafkan abang lia

mengalir air mata aku. Inilah kisahnya. Aku mula mengerti keihklasan hati suami ku Amir Mujahid. Terima kasih Allah, setiap kesabaran itu ada hadiah yang indah :)

23 December 2012

Senarai Pulau yang jadi IMPIAN

Assalamualaikum (",)

dah lama nak buat entry ni, tapi disebabkan perlu buat rujukan, aku hold dulu . HAHAHA, malas kan aku . baiklah, bertahun tahun aku luahkan impian aku . bila aku dah ada duit nanti, aku nak round semua pulau kat Malaysia ni . kalau masih bujang . pegi dengan kawan kawan . tapi kalau ketika itu aku sudah berSUAMI . makanya aku akan pergi bersama suami dan kawan kawan . cliche kan . aku memang sukakan laut dan pantai . kalau diberi pilihan sama ada laut atau air terjun . aku lebih suka ke laut . pantai . walaupun aku tak mandi . tapi aku lebih suka menikmati keindahan waktu tu . so AWAK . nanti kita honeymoon tepi laut yer . hihi . so, aku ada google la antara pulau yang menjadi idaman aku . nak pegi . dan antara banyak ni satu pulau je baru aku pegi . yang paling dekat dengan rumah . iaitu PULAU PANGKOR (",)

PULAU PERHENTIAN, TERENGGANU


PULAU KAPAS, TERENGGANU


PULAU SIPADAN, SABAH


PULAU TIOMAN, PAHANG


PULAU REDANG, TERENGGANU


 PULAU LANGKAWI, KEDAH

PULAU PANGKOR, PERAK


dalam banyak banyak ni yang nak sangat aku pegi adalah pulau Sipadan di Sabah, hope dapat la honeymoon kat sana . HEWHEWHEW . konpem tak de sape nak kawen dengan aku . itu impian tau, bila bila ade rezeki boleh tercapai, tak semestinya time honeymoon . pandai aku cover . hihi . so guys, ada yang dah pegi semua ker ?

20 December 2012

Demam Adam dan Hawa 80 Episod

Assalamualaikum (",)


aku tak kisah ape orang nak kata bila Adam dan Hawa ada 80 episod . tengok dulu la baru korang tahu kenapa 80 episod . dan yang dah berulang kali baca novel dia, mesti tak bosan walaupun 80 episod . bayangkan ayat yang korang baca setiap bab dalam novel diterjemahkan dalam bentuk realiti . mesti excited kan . for you to know, aku memang hari hari tengok Adam dan Hawa tak pernah miss ok . sebab Ain dengan Am sangat sweet . Nadiya Nisaa sangat cantik . natural beauty, Aaron Aziz memang semua orang tahu dia kacak . so tak de ape nak kata dah laa

dan sama jugak macam Warkah Cinta, cetaka terbaru Novel Adam dan Hawa dengan cover Nadiya Nisaa dengan Aaron Aziz . aku mau . aku nak novel ni . walaupun dah ada yang lama punya . tak kira lah, so once again . sape nak bagi hadia beday bulan depan . silalah bagi novel ni . haha


akhir kata, akan ku tunggu Adam dan Hawa sampai habis walaupun dah tahu endingnya macam mana . eh jap . for me, aku lebih suka mencari yang tersirat dalam sesebuah cerita . just like , suka dengan persahabatan Ain dengan Azie . :) 

19 December 2012

PMR aku tahun 2005

Assalamualaikum (",)

tetiba pepagi ni teringat kisah kisah masa tingkatan 3, eh kenapa tingkatan 3 ? sebab hari ni kan 19 dis 2012, keputusan PMR 2012 diumumkan, so macam recall la memori 2005 , masa aku tingkatan 3, nothing special i think . tapi tingkatan 3 tu la bermula konflik jiwa . HAHAHAHA .

dan tingkatan 3 tu jugak lah berakhir life tanpa haluan, errr . ye la bila dah tingkatan 4 mostly dah masuk kelas yang ada major . macam aku Alhamdulillah dapat masuk kelas Pure Science atau Science Stream . yang ada subjek Biologi, Kimia, Fizik, Addmath, EST . tu je kot . yang lain sama je macam orang lain . dan itulah mulanya kisah perjalanan Sains Biologi aku . ok cerita pasal tingkatan 3 ni, memang ada sad story la . cuma aku dah tak nak ingat dah . takut nanti lain jadinya . cukup lah aku katakan . itu lah sad story yang pertama aku alami . 

aku masa PMR tak de la bijak mana pun . dapat ok ok la PMR tu . tapi still tak layak untuk mohon SBP atau MRSM . sedih kan . sebab impian aku memang nak sekolah dekat situ . tapi sekolah dekat SMK TatBeng pon bestttt . tu lah, Allah bagi hujan ribut petir . tapi Allah jugak yang bagi pelangi . bagi aku ada baiknya jugak aku di sekolah tu sampai tingkatan 5 . hihi

k la hajat hati nak cerita tingkatan 3 je, so tingkatan 3 je yer :) kbai

18 December 2012

Warkah Cinta Episod Akhir - :(

Assalamualaikum (",)

baru lepas tengok episod akhir Warkah Cinta, korang tengok tak ? bagi aku, ending dia tergantung tapi jadi tak menarik bila Wardah dah meninggal dunia sebab kemalangan . i wish , Amir dengan Wardah akan bersama jugak akhirnya, maybe selepas Amir balik ke Malaysia . tapi itu lah, takdir Allah melebihi segalanya . tak semua apa yang kita impikan, kita inginkan akan menjadi kenyataan . di episod 12 ni (episod akhir), dapat tengok yang Izzudin (lelaki yang sukakan Balqis) marahkan Amir, dan selepas tu pulang ke Malaysia setelah memberi jawapan kepada Balqis yang melamarnya . ternyata hati Amir belum terbuka menerima mana mana wanita selepas sedih dengan kehilangan  Wardah .


Amir sakit, kesan daripada hentakan oleh Syamsul satu masa dulu . darah beku di kelapa dia, memberi kesan kepada dia sampaikan dia nampak terlalu pucat . tapi sempat pulang ke Malaysia dan dikejarkan ke hospital selepas tiba tiba pengsan in lapangan terbang . Amir botak selepas pembedahan .

di akhir bahagian episod ni, Balqis membuka niqab nya dan Amir di atas kerusi roda memegang dua gambar, i guess gambar Wardah dan Balqis . yang jatuh tu just like gambar Balqis sebab berpurdah . dan yang di tangan dia gambar Wardah . kuat betul cinta antara Amir dan Wardah ni . aku dapat rasakan yang aku macam berada dalam cerita tu jugak . melihat situasi tu depan mata aku . aku tersentuh . huhu . over nyaaa . ok lah .

hope ada sambungannya iatu berdasarkan novel "Kala Cinta dan Wahyu Bersatu" . di mana Amir dan Balqis . tapi kisahnya panjang jugak laa . korang baca SINI . ada sambungan dia yang bagi aku ok la, cumanya Wardah dah tak ade :(

ok aku emo . haha, see ya . kbai . Nak dapatkan novel ni jugak . tak kira, sape nak bagi hadiah besday bulan depan, sila lah bagi novel ni :)


17 December 2012

Ujian Hidup Lirik (",)

Assalamualaikum (",)

Ketika hidupku tertekan
Mengaburi pedoman
Kepadanya akan ku pergi
Untuk mencari bimbingnya

Ku serah takdir di tangannya
Mengukir perjalanan
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana

Walaupun tak dikurnia kemasyuran
Walaupun tak dilimpah kemewahan
Hati ku tetap akan memuji
Namamu selalu ya rabbi

Walaupun tak di beri kemakmuran
Akan ku memanjangkan kesabaran
Ku teteap syukur pada ilahi
Kerana mengurniakan nyawa ini

Ku serahkan takdir di tangannya
Mengukir perjalanan
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana

Dia di hati selalu memberikan ku petunjuk
Apabila pemandangan samar
Biarpun hidup digoda ujian dan pancaroba
Pasti ada hikmah di akhirnya

Walaupun tak dikurnia kemasyuran
Walaupun tak dilimpah kemewahan
Hati ku tetap akan memuji
Namamu selalu ya rabbi

Walaupun tak di beri kemakmuran
Akan ku memanjangkan kesabaran
Ku tetap syukur pada ilahi
Kerana mengurniakan nyawa ini
 

Muhasabah Diri

Assalamualaikum (",)

sebelum tidur selalu termenung fikir kan macam macam . fikir siapa aku dulu, siapa aku sekarang . Allah . macam tak percaya . dalam masa 5 tahun . macam macam aku belajar . kadang kadang aku terfikir, kenapa la aku tam macam ni sejak zaman sekolah ? kenapa dulu aku fikir pakai tudung tutup dada tu kat sekolah je . tak pakai seluar jean time kat sekolah je . Allah . cetek betul pemikiran aku . semoga Allah mengampunkan segala dosa dosa aku yang lalu . tapi aku masih bersyukur . di usia 22 tahun Allah bukakan pintu hati aku . nak semak kisah lalu bagaimana permulaannya . entah lah . lupa .  mungkin aku tak ambil berat sangat psal tu . sebab sekarang baru aku sedar sebenarnya . 

jangan dinilai permulaan seseorang tapi lihatlah bagaimana pengakhirannya . HUSNUL KHATIMAH . impian kita semua . aku bersedia menghadapi segalanya . cakap cakap belakang . umpatan . aku ready dengan semua tu . memang inilah ujian . nak berubah tu senang, tapi ISTIQAMAH yang susah, sebabnya ? inilah, ujian sepanjang perjalanan menuju redha-Nya . kesabaran lebih penting . bukan nak tunjuk baik ke ape . tapi aku nak kawan kawan aku kenali siapa aku sekarang . please jangan nilai siapa aku dahulu . aku dah tak sama macam dulu .



mohon doa daripada semua . semoga jalan ini adalah jalan terakhir aku . aku jugak nak sama sama dengan kawan kawan . jom berubah . demi meraih redha Allah . bukan untuk sesiapa pun . moga Allah berkati kehidupan kita . kan kan . dan untuk kawan kawan yang aku penah sakitkan hati dulu . aku minta maaf . minta maaf sangat . aku tahu aku dulu cemana . kalau aku perlu jumpa korang . aku sanggup . aku nak seluruh kehidupan aku ni berkat . tak ada pra sangka buruk . tak ada dengki dan iri hati . 

maafkan aku tau . dan doakan aku yer . saaaayaaaanggg korang ! 

16 December 2012

Eh Sampai Hati

Assalamualaikum (",)

sampai hati :( bukan kehendak aku pun tak nak pegi . tapi aku jauh laa, kalau lah unimas ni sebelah rumah aku je . tak patut tau cakap macam tu . tolonglah jaga perasaan orang lain kalau nak hati kita pun terjaga . cakap main lepas je . ape entah macam tu ..

korang tak faham macam mana perasaan aku bila kawan kawan kawen tapi aku tak dapat hadir . sedih tahu tak ..


Warkah Cinta - Mengusik Jiwa

Assalamualaikum (",)

sobahul khair ..

malam ni aku tak tidur, entahlah, macam macam yang berlegar di fikiran ni . tak dapat nak terjemahkan dalam bentuk kata kata . sambil sambil tu layan youtube tengok cerita 'Warkah Cinta' . masa mula mula layan di tv alhijrah, memang macam malas nak obses sebab mungkin jalan cerita dia yang agak pelik . well u get it right . tapi lama lama kelamaan aku semakin faham nilai yang cuba diketengahkan dan akhirnya aku terbuka hati untuk terus stay tuned dengan episod 9 hingga 11, episod 12, iaitu episod akhir belum lagi diupload .

dah tengok 3 episod aku jadi jatuh hati . dan bagi aku cerita ni sad ending, wardah berkahwin dengan syamsul dan meninggal dunia dalam kemalangan . dan Amir di mesir masih meneruskan pengajian rasa amat sedih dengan kehilangan wardah . wardah ada tulis surat untuk Amir, cuma isinya tak tahu lagi sebab itu di episod 12 . tapi bagi aku . it such a true love . dan apa yang mampu aku simpulkan ::

"tak semua apa yang kita impikan akan menjadi kenyataan . takdir Allah mengatasi segalanya, kita hanya mampu merancang dan berserah, dan Allah yang menentukan segalanya"

ada lagi ke cinta macam tu ? Cinta Amir dan Wardah ? Masing masing mencari keredhaan Allah dan satu part yang buat aku terharu, Amir kasi gambar dia ada Wardah . blurrr kejap . wait, aku wajibkan dapat novel tu . "Warkah Cinta Berbau Syurga" . cerita ni tak lama, sebulan je . 12 episod . seminggu 3 hari . selasa rabu dan khamis . dah habis pun, cuma aku je belum tengok lagi episod 12 . layan online je kan . so sesapa yang dah tengok sampai habis . share la sikit :)


14 December 2012

Cipta Potensi diri CEMERLANG

Assalamualaikum (",)

selalu kita dengar orang nasihatkan kita dengan pelbagai cara, melalui perlakuan, percakapan dan mungkin hanya pandangan mata . sedih juga setiap kali bangun tidur . perlu cari semangat sendiri tanpa orang tersayang di sisi . tapi aku tahu doa parent aku ada sentiasa bersama aku .

sedih juga bila sesetengah orang yang tersilap langkahnya dalam mencari haluan hidup .  

"cipta potensi diri yang cemerlang, melalui keseimbangan perkara duniawi dan ukhrawi, dahulukan AMANAH daripada fitrah, laksanakan TANGGUNGJAWAB yang telah diamanahkan, seorang pelajar dengan amanahnya belajar, itu AMANAH, wajib didahulukan, tanggungjawab sebagai muslim, wajib diUTAMAkan, melaksanakan perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya, muhasabah diri, adakah kita meninggalkan salah satu atau kita berjaya seimbangkan keduanya ? mulianya seseorang itu dipandang apabila tinggi ilmu akhiratnya/agamanya dan tinggi ilmu dunianya(akademik, sahsiah, kredibiliti dan sebagainya), bertanggungjawab kepada agama, diri sendiri, keluarga dan sekitarnya, alangkah bagusnya jika kita mampu menjadi insan cemerlang di dunia dan akhirat, "jangan dilihat siapa yang berkata kata, tetapi lihatlah apa yang diperkata" - peringatan untuk diri dan anda semua yang membaca, terima kasih (",)"

ayat di atas adalah status aku hari ni . huraiannya, saat kita tersalah langkah dalam kehidupan, ada insan yang sudi menunjukkan haluan sebenar . tapi kita salah erti . sebagai seorang pelajar AMANAH sebagai pelajar jangan diabaikan . tidak salah juga jika kita ingin meningkatkan potensi diri dalam agama . tetapi duniawi yang diabaikan . apa guna tinggi agamanya tetapi diri sendiri masih terkapai kapai dalam pelajaran yang telah di AMANAH kan . ingat ! siapa pun kita, jika ingin menjadi individu yang berkualti, seimbangkan duniawi dan ukhrawi, pasti lebih ramai yang menghormati kita . kita bijak menguruskan orang lain sedangkan diri kita?

cemerlang akademik, cemerlang akidah, sahsiah dan tinggi ilmu agamanya . muliakan ? semoga kita yang masih terkapai kapai ini tidak hanyut bersama keterujaan dalam mencari identiti . sesekali, menerima nasihat orang lain itu lebih baik . kita perlu mengambil setiap apa yang orang perkatakan, jadikan ianya satu 'booster' untuk terus ke hadapan . tapi jangan hanya sementara, semoga Allah lebih memberkati kita semua .

doa saya buat sahabat semua . ukhrawi dan duniawi adalah penting :) seimbangkan ia, moga cemerlang di sini dan di 'sana' ... 

11 December 2012

1 entri banyak cerita

Assalamualaikum (",)

hari ni 11-12-12 . jam lagi dah 12-12-12, kalau lah dh ada calon, dah lama aku buat akad nikah 12-12-12 ni, phewww, muntah darah semua . hihihi, for those yang jadi fren aku di facebook, mesti dah dapat request friend dari aku kan . my new account for a better life . kita ada pilihan nak happy atau tak . so aku pilih happy berbanding makan hati dan memendam rasa . untuk apa yang berlaku, aku anggap semua dah berakhir walaupun aku tahu sebenarnya ianya masih tergantung tanpa penyelesaian yang sepatutnya . aku serahkan segalanya kepada Allah . aku hanya mampu bersabar . 

eh nak cakap tentang hal lain sebenarnya . sibuk je dekat TL tu cerita sal 'black tie' untuk sape yang gi 'orkestra titian gemilang' UNIMAS tu . tuket free hokey ! sibuk nak pakai baju apa, baju hitam tak de, takut kena reject and so on . and you know what . its soooo annoying ok . dalam hati aku . GIGIHNYA korang bersungguh dan berusaha nak pegi KONSERT tu . korang tahu kalau pegi forum ilmiah atau ceramah agama, korang boleh pakai apa sahaja . tak ada tema pon . tak payah berebut tiket . tak payah berhabis duit beli baju baru . TAPI SAYANGNYA . majlis ilmu selalu orang tak ada . tapi tak sedih pun sebab memang ada hadis tentang tu . Alhamdulillah pada mereka yang pegi kedua duanya . tapi untuk keberkatan ilmu . kurangkan hiburan, sebab bila hati dah selalu dibuai dengan muzik, nanti hati susah nak terima ilmu :)

bukan nak tunjuk baik ke hape . cuma ingin berkongsi . eh bukan pasal ni aku update belog . nila masalahnya kalau dah buat entry . lupa matlamat utama . istighfar . sebenarnya juat nak war war kan , AT THE END OF THIS MONTH . *suspen .
AKU NAK BUAT REVIEW TENTANG APA YANG BERLAKU SEPANJANG 2012 - tunggu tau, mana tau nama nama nama korang korang dan korang ter'list' ke . hihi . ok tu je . tata

09 December 2012

Suka Fikir

Assalamualaikum (",)

#SemangatHarimauMalaya !

walaupun aku tak tengok bola tapi masih ikuti perkembangannya melalui twitter . terlalu ramai pengulas tak bertauliah di situ . apa ada hal . layan je la . yang penting kita tahu gol dah berapa . kan 

aku ada beberapa WISHLIST perkahwinan impian aku ::
  • jodoh aku family yang tentukan (carikan)
  • lelaki tu kalau boleh lebih tinggi ilmu agamanya daripada aku
  • bertunang paling lama 6 bulan tapi lebih sikit tak pe, tapi tak nak sampai setahun
  • aku tak perlukan majlis yang besar sampai membazir
  • akad  nikah buat dekat rumah disaksikan saudara mara dan kawan kawan
  • pelamin hanya untuk bergambar bersama keluarga bukan untuk BERSANDING !
  • tak perlu khemah pengantin 
  • tak perlu makanan yang sedap sedap sangat dekat pengantin tu, nak makan apa yang orang lain makan
  • pada hari kenduri jugak, pusing pusing jumpa saudara mara
  • baju nikah warna putih
  • baju kawen tak tau lagi TAPI nak jubah ! kalau boleh baju tu tempat lepas guna simpan, boleh pakai pegi dinner
  • NO MUSIC !!! alunan ayat suci al-quran lebih baik
  • sediakan tempat makan khas untuk teman teman yang berniqab :)
  • waktu maghrib solat jemaah oleh pengantin lelaki
demand tak demand . tapi aku cari keberkatan dalam majlis ini . kalau boleh nak buat garis panduan . "wanita islam yang telah baligh wajib menutup aurat" . tapi nampak macam kejam sangat . tapi still boleh nego 

ok dah . jangan fikir bukan bukan . if Allah wills . semuanya tetap akan berlaku .

Jalan - Makan - Shopping - Kelas Ilmu

Assalamualaikum (",)

alhamdulillah, hari ni selamat hantar baju pegi dobi *oppss . sekarang musim hujan . plus aku busy lately sebab dah hujung sem, 3 minggu je lagi nak study week . so baju baju tu macam tak sempat je nak menyental . bukan selalu pon . actually nak story . hari ni kitorang satu rumah girls day out . dengan MATLAMAT ok . memula kitorang pegi stokis 'SHARIFAH' best sesangat sebab dekat sini sah sah la barang barang yang diperakui halal oleh JAKIM . yang buat aku teruja adalah dengan koleksi jubah dan buku buku dia . masyaAllah, kalau duit ada masa tu, akan ku borong buku kat situ, tapi mampu jugak beli buku himpunan nama nama Islam untuk anak anak yang bakal lahir nanti . anak aku ke, anak akak aku ke . kan . for future . macam macam ada jual . tak tau nak explain . pegi la cari . dia punya kedai berhadapan dengan stokis HPA cawangan Kuching

lepas ke situ, kitorang ke Kubah Ria, ingat nak makan kat situ, tetapi tukar fikiran makan di Chilli Peppers di Satok . masa di kubah ria tu ada jualan buku, ya Allah hanya Dia mengerti isi hati ni, nak sangat beli buku buku tu . tapi apakan daya , duit sik ada . tak pe sabar . masa makan di Chilli Peppers tu saja pilih makanan yang tak penah makan . Nasi Lalapan Ayam , dah macam lipan je rasa . hhihi 

nasi Lalapan Ayam

lebih kurang macam nasi ayam penyet je, cuma ayam tu bagi aku ayam penyet ST12 lagi sadap . sambal die ok ok laa, die ada ulam ulaman, ade timun, bendi rebus, kobis dan banyak lagi . lepas tu ade tempe goreng dengan tauhu goreng . tapi sedap . first time cuba . haha, licin jugak laa ..

lepas makan ke indian street . cari tudung tapi bukan aku, girls lain ni . aku tak beli pon walaupun berkenan sangat . sebab mengenangkan duit ni perlu digunakan ke arah yang lebih penting . sabar yer . lepas tu terus gi kelas habib . balik dari kelas habib kitorang ke Boulevard mall . mencari barang dapur tapi sebelum tu dah tawaf satu mall . haha . almaklumlah . perempuan . selesai semua dalam jam 6.15 pm, kitorang gerak balik . Alhamdulillah for today . A

07 December 2012

AKU dan BAS

Assalamualaikum (",)

sakit hati betul hari ni . membuak buak rasa . tapi sabar . hari ni kelas aku satu je . lepas habis kelas jam 12 tengah hari macam tu, pegi la beli makanan dekat kafe tapi tapau je sebab tak de kawan nak makan dekat situ . almaklumlah kawan kawan lain semua dah habis belajar . tapi Alhamdulillah ada adik adik junior yang baik hati layan senior diorang ni, ada jugakla tempat aku melepak kalau tak balik rumah sewa kat luar tu . so, tadi tumpang bilik junior rumah semester lepas (masa still duduk kolej) kira ex-rumah aku semester lepas la . makan kejap then buat keja sikit .

dalam jam 2.30 petang macam tu, aku pun gerak ke BHEP, nak balik naik bas luar jam 3 petang . bas luar naik di BHEP je kalau petang dengan malam, kalau pagi naik dekat pusat info . tunggu punya tunggu punya tunggu, orang tak ramai sangat time tu . syukur giler sebab tak de la adegan berebut naik bas depan mata aku . malu ok budak u macam tu . at last satu bas datang tapi bas Uni Garden, bukannya Desa Ilmu, tunggu lagi, orang dah makin ramai . sampai jam 4.30 petang . maknanya bas jam 3 MEMANG TAK DATANG . TAK ADA . sakitnya hati . 2 jam aku tunggu . masa tu orang punya la ramai . bas luar seterusnya jam 4.30petang . datang la bas nyer ke Desa Ilmu, selalunya dua bas . tapi hari ni SATU SAHAJA . dapat bayangkan berapa puluh orang tak boleh naik bas nak balik ? aduhaiii, aku memang tengok dari jauh . dalam hati dah panas sebab tunggu dari 2.30petang tadi . at last aku nak bas dalam yang 4.30 tu, pegi pusat info, aku jalan kaki je, sampai jugak cuma penat je la sebab jauh jugak .

aku bukannya tak nak jalan kaki, tapi aku sorang, tak berani sangat . kang apa apa jadi cemana . boleh je nak jalan kaki . tapi tak nak la buat berani sangat . sebab ada jugak la kes kes bahaya ni . so kesahnya hari ni . aku sakit hati kenapa la jadual bas macam tak CANTEK je . macam sesuka hati je nak datang ke tak . dah la sakit hati kelmarin (Rabu, 5 dis 2012) belum hilang lagi . nak tahu kisah kelmarin ? sama jugak la kes macam ni tapi pagi .

kalau hari rabu memang aku naik bas awal pagi ke kelas dari luar , bas jam 7.30 pagi . memang ramai sangat manusia, aku rasa dalam 80++ . atau lebih . selalunya bas 7.30pagi ada DUA BUAH . sebab memang peak hours student ke kelas . sekali yang sampai masa tu, SATU BUAH SAHAJA . bas shuttle . not express . kitorang yang mana tak muat nak naik ni, terjenguk jenguk la kot kot ada satu lagi bas . tapi masa tu dah jam 7.45 pagi . kelas aku jam 8pagi, masuk lewat confirm kena fire sekejap . masuk ikut belakang kena renungan tajam dengan lecturer . nak ponteng tak boleh . bukan aku la nak ponteng kelas sesuka hati . last last yang mana tak sempat naik ni, ada la dalam 20++ orang, jalan kaki dari everrise tu ke pusat info (tempat bas dalam Unimas) . kejar bas jam 8 sempat kelas tu satu jam je .

memang mencabar minda laaa dan KESABARAN . berpeluh peluh hanya Allah yang tahu . pakai perfume segala bagai, sampai kampus busuk jugak . aduhaiii . sampai je dalam Unimas tu, bas jam 8 belum gerak lagi, Alhamdulillah . sempat naik , tapi pakcik driver bas tu punya la sopan, slow gila rasa dia bawak, menghirup udara pagi dah rasanya, menikmati keindahan, aku dengan kawan aku tak senang duduk dah, sebab dah lewat 15 minit, siap aku dengan kawan aku bagi kata semangat "go pakcik go, laju sikit pakcik, laju, macam biasa" . hahaha, tapi pakcik tu tak dengar pun . haahaha, tak pernah naik bas perlahan cam tu . *student unimas tahu macam mana lajunya bas unimas

sampai je dekat BHEP kitorang turun tapi macam biasa , ucapkan terima kasih dekat pakcik driver tapi kitorang tu terus menonong je lintas jalan ke kelas . *utamakan pejalan kaki . sampai je dekat pintu kelas nampak ada sorang student tengah begayut dengan telefon . aku dah rasa lain, bukak je pintu, dengar orang sembang . dalam hati aku Dr. tak masuk lagi ke . YES !! tepat sangkaan aku, kitorang sampai 8.20pg, lecturer tak masuk lagi . HAHAHAHA . gelak pada diri sendiri sebab lupa, memang lecturer ada bagitau yang minggu ni dia tak masuk kelas . kuliah dah habis . tapi lega la jugak . cuma kitorang peeeenaaaaaattttt sangat . dengan berpeluh, lenguh kaki segala . tapi dalam jam 8.35pagi macam tu lecturer masuk kejap tanya pasal presentation keesokannya dengan dia nak amek attendance . mencabar kan . FYI itu lah satu satunya kelas aku untuk hari tu, jam 9 dah habis kelas, nak buat apa lagi ? balik laaa . dalam jam 11 pagi kitorang sampai rumah dah .

lenguh kaki yang amat sebab lepas kelas tu pegi FSS jap amek assignment, lepas tu patah balik pegi kolej sakura, lepas tu naik bas dalam pegi pusat info, sebab nak balik rumah, tak sanggup dah nak jalan kaki ke desa ilmu, kitorang tunggu bas luar jam 11 Pagi naik kat Pusat info tu, ala ala macam tahan bas awam pulak, pakcik tu tahu kalau ada orang dekat pusat info dia akan berhenti tanya, nak pegi luar ke? kitorang pun naik bas tu, dan sampai dekat rumah pukul 11.05 pagi, dugaan di hujung semester . macam ni la . saabaaar .

maaf entry yang panjang . sebab memang dah pendam sangat benda ni, ada jugak tempat nak meluah . thanks pada yang membaca . ade ke ? HAHAHA . kbai


04 December 2012

janji SAHABAT

Assalamualaikum (",)

lebih kurang 1 bulan sahaja kehidupan aku sebagai pelajar di semester 7 . semakin hampir 9 januari, semakin banyak yang aku fikir . semakin ligat ianya bermain main difikiran aku . sedihnya rasa nak berpisah dengan sahabat susah senang semester ni . cuma yang aku pinta berjanjilah dengan aku,

janji SAHABAT
:: pertama ingati aku dalam doamu
:: kedua, kalau aku jatuh, hulurkanlah tanganmu kepadaku
:: apabila aku bengkok, kau luruskanlah aku
:: jangan kau asingkan diriku daripada kehidupanmu


bagi aku kehidupan aku lebih bermakna bila berdamping dengan orang orang yang aku sayang . orang orang yang selalu dengan aku susah dan senang . segala kebaikan dia jelas depan mata aku . setiap salah aku ditegur dan diperbetulkan . baikkan dia .

permata seorang WANITA

Assalamualaikum (",)



Tatkala bergelar seorang anak, 
dia membuka pintu syurga buat ayahnya.
Tatkala bergelar seorang isteri, 
sempurnalah separuh dari agama buat suaminya.
Tatkala bergelar seorang ibu, 
di telapak kakinya syurga anaknya.
Indahnya dirimu wahai perhiasan dunia ;)