30 June 2012

maafkan aku KAWAN

Assalamualaikum (",)

KAWAN ..

satu perkataan yang sangat susah untuk diterangkan . bagi aku kawan itu bukan siapa yang datang dahulu dan siapa yang datang kemudian, TETAPI kawan adalah siapa yang datang dan tak pernah pergi . aku pon tak de la sebaik mana . tapi aku cuba jadi yang terbaik walaupun kadang kadang aku tahu setiap apa yang aku buat tu tak dihargai langsung . pernah berkali kali aku dikhianati . tapi aku tetap begini sebab aku tak pernah berdendam . sesetengah orang akan tengok makan seolah olah aku ni tak serik tapi sekali lagi aku cakap . AKU TAK BERDENDAM . mean . aku lupakan saja apa yang dah pun berlaku . 

buat apa lah nak makan hati sorang sorang . bukan yang diorang tahu pon . just be yourself . cumanya kadang kadang aku rasa seperti dipergunakan . dan diperalatkan . tanpa sedikit rasa simpati . sedih tu memang sedih yang amat sangat . tak kan lah aku nak luahkan macam tu je . tak semudah itu . sebab bagi aku . biarlah ALLAH saja yang mengetahui dan ALLAH saja yang beri kesedaran pada diorang . siapa aku nak menghukum orang . betul la kata kawan aku . mungkin dia tak sedar apa yang dia buat tu, buat aku rasa tersisih dan dipergunakan lantas dipermainkan . mungkin . atau dia sengaja ? sebab aku ni jenis tak boleh kata 'tidak' . kadang kadang tu . WALLAHU'ALAM .

sudah sudah lah pergunakan aku untuk kepentingan korang . rasa sedih sedih sangat sangat tau . kepada yang berkenaan aku mintak maaf banyak banyak kalau sepanjang 3 tahun kita berkenalan . ada salah silap atau keterlajuran kata yang buat kau rasa tak senang dengan aku . tapi aku rasa . apa yang aku alami lebih teruk . aku rasa diri aku dipergunakan . dan tersepit di tengah . sedangkan korang semua enjoy . dan aku perlu fikir supaya semuanya berjalan lancar . dan korang SANGAT ANNOYING bagi aku . maaf laa .

kepada seseorang lagi . mungkin aku je yang anggap kau kawan baik aku . sedangkan . ketidakhadiran aku disamping kau langsung kau tak peduli . sedangkan selama ini kita berdua kemana sahaja . tak pernah kah kau terfikir dimana aku ? aku dengan siapa ? kumpulan dengan siapa ? sedangkan kau bergembira dengan mereka . sungguh aku sangat terasa . terkilan dan MAKAN HATI . biarlah semuanya berlalu sebegitu sahaja .

4 july makin dekat . kepada mereka yang aku tak jumpa sebelum aku balik nanti . aku minta maaf sangat sangat . semoga ukhwah kita terus terjalin sampai bila bila . halalkan makan minum yang korang bagi dan belanja selama ni . halalkan ilmu yang korang ajar selama ni . opps mungkin dia nak berkawan dengan orang yang tak pernah repeat paper kot . huurmmm . ok lah .

semoga korang happy selalu . pasal aku jangan difikirkan . aku baik baik saje :) kawan . ramai sangat . tapi yang betul betul kawan . more than 5 only :)

pre-graduation dinner

Assalamualaikum (",)

27 jun 2012 . ade dinner pre-graduation dengan classmate semua with some lecturers yang datang . memang best sangat sangat on behalf laa . but apa apa yang buat kita rasa sakit hati . simpan sendiri . yang penting kegembiraan tu layan dengan puas hati . abaikan orang orang YANG MENYAKITKAN HATI . sebab tak effect ape pon . over all majlis tu berjalan dengan lancar seperti yang dirancang . but nampak kelamkabut sebab i dont have any script for emcee . MALAS NAK READY SANGAT PON .

anyway, for my buddies, LIZA . MASYI . DIVA n NOZIE . thanks for the time we are together not only for that night . bila di akhir akhir macam ni . kita tahu which is bestfriend and friend . thanks a lot dude .

tak de gambar nak tunjuk . sbb aku tak de kamera . tunggu gambar dari official fotographer :)

27 June 2012

Final Year Project is OVER !!!

Assalamualaikum (",)

Alhamdulillah . syukur ke hadrat ALLAH SWT di atas segala kekuatan dan kesabaran yang diberikan sepanjang 2 semester bergelumang dengan FYP . bermula dengan pemilihan tajuk di semester 4 . dan perbentangan proposal pada awal semester 5 . pengambilan sample di Sebuyau, Sri Aman pada hujung tahun 2012, rujuk entry ini . dan dengan pelbagai kerja makmal yang memerlukan tahap kesabaran yang SANGAT TINGGI . berjam jam di depan lappy menyiapkan progress report dan akhir sekali LAPORAN AKHIR yang telah dihantar pada 29 mei yang lalu, rujuk sini . dan sebelum berada di akhir itu . pelbagai dugaan perlu ditempuh sebenarnya . memandangkan kami juga merupakan pelajar sepenuh masa . yang perlu menghadiri kelas SETIAP HARI . fieldwork di hujung minggu, kerja makmal projek akhir perlu direncanakan dengan baik . supaya setiap masa terluang diisi . dan semua kerja makmal disempurnakan dengan jayanya . kalau tak. tak de data nak bentang OK 

thanks a lot to mak dan abah . walaupun diorang tak faham setiap kali aku cerita . tapi apa yang diorang faham . aku sangat sibuk dan stress . cuma apa yang selalu mak pesan . "sabar, belajar memang macam tu, nak buat macam mana" . dan kata kata tu buat aku rasa . bukan aku sorang saja yang lalui semua tu . so . be strong . kepada supervisor yang super duper bizi sebab dia jugak seorang dekan dan pensyarah di fakulti aku . nak jumpa dia pon kena buat appointment dan setiap kali pegi jarang tetiba dia ada kat bilik . mesti kena buat appointment dengan akak PA . kadang kadang dah buat appoinment pon dia ada emegency leave atau emergency meeting . dugaan bertalu talu nak siapkan laporan akhir . dan ALHAMDULILLAH ada partner sama supervisor yang super duper gorgeous semuanya . yang memahami dan sama sama mengharungi segalanya . NURUL AZLIZA ASRI (tajuk same ngan aku cuma tempat yang berbeza, so everything memang kami buat sesama), FADDRINE HOLT AJON anak JANG (fayfay) dan NOZIENA MURA anak NOEL (tajuk die sama dengan fayfay tapi tempat yang berbeza) . dengan diorang ni jugaklah tempat nak luahkan perasaan semuanya . THANKS A LOT KORANG . hope tak lupa segala kenangan kita bersama .

tak lupa jugak abang abang master dan kakak kakak master . ABANG AZIZIL, HAKIMI, dan KAK YASMIN . dan terutamanya encik PHD kita, EN. CHEN CHENG ANN yang dah pon jadi pensyarah dekat UMS . terima kasih bebanyak sebab bagi tunjuk ajar, tak kisah lah banyak atau sikit . tapi setiap pertolongan tu BESAR MAKNANYA dan BANYAK KEGUNAANNYA bagi kami . bagi penerangan dan tunjuk ajar . tak tau nak express macam mana . dan semestinya terima kasih bebanyak yang tak terhingga pada encik encik lab assistant JABATAN SAINS AKUATIK . en. zaidi, en. azlan, en. richard, en. zulkilfe, en. harris, en. nazri dan semuanya sekali . tak tersebut nama ..

dan yang tak terhingga banyaknyer penghargaan pada SEMUA PENSYARAH JABATAN SAINS AKUATIK yang ajar aku sejak aku semester 1 . sebab tanpa ilmu yang diorang bagi ni . mana mungkin aku tahu guna corer sampler . van veen sampler . dan aku tahu apa itu formalin . ethanol . macrobenthos dan segalanya berkaitan dengan akuatik . terima kasih to infinity . hanya ALLAH saja yang dapat balas jasa kalian . dan AKHIR SEKALI, sejuta berjuta juta terima kasih pada SEMUA CLASSMATE yang sama sama mengharungi detik suka duka sepanjang bergelar pelajar dan sudah tentu ketika melengkapkan projek kesayangan kita semua ni . apa apa pon semoga UKHWAH terus terjalin walaupun dah konvo nanti . yep . aku perlu tunggu lagi satu semester . THANKS A LOT TO ALL OF YOU . "AQUATIC SCIENCE BATCH 2009/2012" . 

so itu sahaja la penghargaan buat mereka yang terlibat . tak terluah cuma tertaip je . so . nanti update gambar thesis pulak yang telah dijilid ok . tunggu ok :)

26 June 2012

bila rasa ini ...

Assalamualaikum (",)

susah nak cakap . I'M TOO HAPPY right now . coz dah habes segala penat lelah selama 3 tahun . just need to repair somewhere . i mean . Final Year Project yang sangat dirisaukan sejak mula mendaftar di universiti telah berjaya diharungi . ALHAMDULILLAH . rasa lega sangat sangat dan rasa macam tak percaya aku boleha harungi semua ni . 

TAPI something happen . dah lama aku simpan sebenarnya . but suddenly air mata keluar . aku memang sedih . kenapa ? biarlah aku , ALLAH dan mereka berdia saja yang tau . 

sebab even aku dah lama simpan rasa ni . tapi aku tak pernah berdendam . cumanya bila sampai satu tahap . kita rasa sedih yang teramat . dan tak tertanggung lagi . semoga ALLAH sentiasa melindungi aku . dan sentiasa bersama aku selamanya :)

aamiiin ..

25 June 2012

wish me luck

Assalamualaikum (",)

debaran kian terasa . rasa tak mampu nak tunggu lagi dah . esok lagi . petang pulak tu . doakan saye yer semua . inilah penentu masa depan saye jugak . nak dapat A untuk Projek Tahun Akhir ni . nak grad dengan cemerlang . hope semuanya ok . tengok member kena tembak tadi . errr . aku tak tau macam mana aku nanti . ade probability nak pengsan kat depan tu rasanya :)

wish me luck ..

24 June 2012

hati

Assalamualaikum (",)

confusing @@ . 2 perkara yang buat aku rasa tak menentu dua tiga hari ni . is it normal ? atau aku yang over ?  tapi yang dahulu kita dahulukan . yang kemudian, kita kamudian, so priority dah tahu . no need to pening kepala lagi . semoga berjaya untuk prsentation thesis FYP lusa . esok da start . tapi aku punya turn lusa . second day . ape ape pon . hope aku boleh buat . thats my project ook :)

awak .. doakan saye ok . saaaaaayaaaangg awak (",)

Mengecapi Bahagia Sakinah

Assalamualaikum (",)


Hari yang indah terasa mendung dan kelam. Angin sepoi bertiup lembut namun ia tidak mampu menenangkan hati duka si gadis bernama Sakinah. Langkah yang diatur terasa berat, namun, berat lagi bebanan rasa yang terbuku di hati. Terlalu payah untuk diterjemahkan.

Sesekali hati merintih, mengapakah aku diuji sebegini rupa? Air mata mengiringi setiap langkah kaki Sakinah. Sampai hati kau Rafiq. Sampai hati! Terlalu murah air mata Sakinah kali ini. Menangisi lelaki bernama Rafiq. Ah, kenapa mesti lemah begini? Soalan mengasak-asak fikiran Sakinah namun dia tidak mampu berhenti menangis.

Sakinah terus menangis. Sayu benar hatinya. Lara hati siapa yang tahu. Sesekali ada yang menoleh ke arahnya. Ah, hati aku yang merana! Kau apa tahu? bentak hati Sakinah seolah-olah masalah yang ditanggungnya sangat sulit dan berat.

Sakinah merupakan seorang remaja yang sentiasa bahagia sebelumnya. Dia mengenali Rafiq, seorang mualaf dari luar negara yang lebih berusia daripadanya, melalui mukabuku (Facebook). Siapa sangka rasa suka bertukar kepada cinta. Cinta mereka disulam suka dan bahagia. Namun, adat bercinta, adakalanya ia goyah jua.

Pada Sakinah, Rafiq sangat sempurna akhlaknya dan sangat teguh pendirian agamanya. Ternyata hidayah Allah yang meresap ke dalam diri Rafiq tiada tolok bandingnya jika dibandingkan dengan dirinya.

Kadangkala, Sakinah merasa malu kepada diri sendiri. Patuhnya Rafiq kepada ajaran Islam melebihi dirinya sendiri yang dari lahirnya seorang Muslimah. Kepada Allah Sakinah memanjatkan doa semoga Rafiq adalah jodohnya yang tertulis di Lauh Mahfuz. Dia lelaki soleh dambaan wanita.

Sakinah hadir dalam hidup Rafiq pada saat Rafiq mendoakan seorang jodoh untuk dirinya. Pada saat dirinya terlalu menginginkan seorang isteri dambaan hati. Pada Rafiq, Sakinah seorang gadis yang solehah, yang bijak menjaga diri dan teguh pendiriannya terhadap Islam.

Mereka banyak berkongsi ilmu agama bersama-sama. Dia akui, ilmu agama yang dimilikinya sangat cetek jika dibandingkan dengan Sakinah. Rafiq amat bersyukur kepada Allah SWT atas hadirnya Sakinah. Setiap kali usai solat, Rafiq tidak pernah lupa untuk mendoakan agar Sakinah ditakdirkan untuknya.

"Semoga Sakinah diciptakan sebagai tulang rusuk kiriku."

Masa berlalu. Sakinah semakin yakin bahawa Rafiq adalah jodohnya. Walaupun mereka berjauhan namun tiada satu hari pun berlalu tanpa Rafiq. Rafiq adalah segalanya bagi Sakinah. Namun, benarlah, suratan qadar tiada siapa yang dapat menolak.

Suatu hari, Sakinah menerima perkhabaran daripada Rafiq bahawa dia akan menikahi seorang wanita pilihan komuniti masjid untuknya. Sakinah terpempan. Masakan begitu? Bukankah sepatutnya Rafiq menikahi aku? fikir Sakinah berulang kali. Berderaian air mata Sakinah sebaik sahaja menerima perkhabaran itu daripada Rafiq.

Rafiq hanya mampu berserah. "Wahai Sakinah, bukan ini yang aku mahukan. Tidak pernah sesekali aku meminta kepada mereka untuk mencarikan jodoh untukku. Aku sendiri terkesima mendengarkan berita ini. Hati aku masih terlalu cinta kepadamu Sakinah namun ketahuilah, jarak antara kita sangat besar.

"Mana mungkin ku tinggalkan ibu bapaku yang sudah lanjut usianya di sini. Sakinah, ku doakan kau bertemu seseorang yang lebih mulia dariku. Inilah suratan kita. Kau bukan untukku Sakinah. Percayalah, bukan ini yang ku mahukan untuk kita."

Rafiq mengeluh kesal. Sungguh, ini bukan rencanaku, Sakinah. Maafkan aku.

Betapa tegarnya hatimu Rafiq. Apakah nilai aku kepadamu sebenarnya? Ya Rabb, bergetar jiwaku, betapa sakitnya hatiku. Sakinah menangis tiada henti. Masa bagaikan terhenti berdetik. Meskipun pukulan cemeti singgah di tubuhku, tidak akan aku merasa sakit.

Maha hebatnya derita hatiku. Aku dipaksa untuk menerima musibah ini. Ya Allah, mengapakah begini? Sakinah rebah. Tapi, itulah qadar Allah yang Maha Mengetahui. Hampir habis kekuatanku direnggut pergi. Perginya ia bersama-sama Rafiq.


Musim bunga yang indah kelihatan layu. Senyuman tulip telah pergi bersama perginya senyuman Rafiq. Sakinah tahu, tiada guna menyesali takdir Ilahi kerana sememangnya inilah aturan untuknya dan Rafiq. Lantas, Sakinah mengutip sisa kekuatan yang tinggal. Kenangan bersama Rafiq seharusnya ditinggalkan sejauh-jauhnya.

Sakinah harungi jua hari-hari yang kelam tanpa Rafiq. Acap kali terngiang-ngiang senda tawa dan usikan Rafiq. Setiap kali itu juga air mata Sakinah mengalir. Terus mengalir sehinggakan Sakinah sudah tidak berdaya lagi.

Wahai hati, jangan gundah lagi. Akuilah takdir Ilahi. Ya Allah, tidak pernah ku sesali takdir ini. Tetapi Ya Latif, bantulah aku untuk bangun daripada kesedihan dan kekosongan ini. Isikan hatiku dengan cintaMu semata-mata. Ya Rabb, tolonglah aku...

Sakinah mesti bangun semula. Kepada sahabatnya rasa hati dicurahkan. Pesan sahabatnya, "Bertahanlah wahai Sakinah. Percayalah, yang lebih baik menantimu pada masa hadapan. Kita di semester akhir wahai sahabat. Bertahanlah. Sakit itu telah ku rasakan. Mintalah bantuan apa sahaja pasti akan ku lakukan untukmu. Ku punya bahu untuk kau bersandar dan menangis. Menangislah. Hari esok kau bangkitlah semula dengan semangat baru."

Kepada emak, Sakinah menangis semahu-mahunya. Kata emak, "Itu bukan jodohmu, nak. Aku tidak mahu kau meninggalkanku. Jika engkau bersamanya, kamu akan dibawa jauh dariku. Meskipun negara tulip itu impianmu, sesekali jangan tinggalkan aku anakku. Berhati walang diriku wahai anak jika engkau pergi. Jangan biarkan kecewa mengisi hatimu. Percayalah, jika seluruh alam meninggalkanmu, Allah sesekali tidak pernah meninggalkanmu."

Kakak Sakinah pula berkata, "Sis, be strong. We are here for you whenever you need it. Don't forget you have us. We love you very much."

Abangnya juga menambah, "You have to consider his situation. He is a newly converted brother. The mosque people want to help him to safeguard his iman. Marrying is the best way to ensure that. Don't be sad, my sis. You deserve someone better. Someone will come for you one day, insya-Allah. Believe that, sis."

Sakinah terduduk dan menangis lagi. Kali ini tangis kerana bahagia. Inilah hikmahnya. Aku tidak kehilangan apa-apa. Ya, aku kehilangan cinta Rafiq namun ALLAH menggantikan yang lebih baik. Alhamdulillah, syukur kepadamu, ya Rabb. Aku menemui kasih sayang yang lebih asli. Akan ku tempuhi hidup ini tanpamu, Rafiq. Aku tidak berdendam padamu. Doaku untukmu Rafiq, semoga kau menjadi seorang suami dan bapa yang soleh.

Ah. Hati masih sahaja berduka. Bagaimana harus ku lakukan? Lantas, aku mencarimu, ya Rabb. Aku menemui kedamaian melalui solatku, zikirku dan juga selawatku kepada kekasih yang dicintai iaitu Rasulullah SAW.

Aku pelihara auratku dan menjadikan La Tahzan sebagai wadah bacaanku. Aku menyibukkan hari-hariku dengan Kalamullah. Aku teliti maksudnya. Aku jadikan diriku sebagai seorang yang mencintai solat jemaah dan masjid sebagai rumahku yang utama.

Ya Rabb, aku menemui damai di sini. Namun hatiku masih merindui seorang lelaki soleh sebagai suami. Insya-Allah, masanya pasti tiba. Seluruh jiwa ragaku untukmu, ya Rabb. Semoga bahagia ini kekal bersamaku hingga akhir nafasku.

Alhamdulillah, Sakinah kini adalah wanita yang bahagia walaupun Sakinah belum menemui Adamnya. Sakinah bahagia dalam limpah kasih sayang Rabbnya. Inilah cinta abadi Sakinah selamanya.

Mari Bermujahadah!

Assalamualaikum (",)


Diri yang dibelenggu dosa pasti tiada padanya perasaan tenang, bahagia dan gembira. Sebaliknya, diri dikongkong dengan perasaan keluh kesah. Dosa itu umpama serbuk kopi tanpa gula yang dimasukkan ke dalam air panas, terlarut bersama air yang akhirnya diminum.

Analogi ini umpama bintik-bintik hitam yang tumbuh di dalam hati sehingga lama-kelamaan larut di dalam jiwa dan akhirnya terasa pahitnya berada dalam dosa. Bertuah pada mereka yang merasai dirinya berada dalam keadaan begini. Namun, bagi yang tidak merasainya, teruskan usaha untuk mencarinya.

Detikan yang muncul dalam hati dengan merasai dan menginsafi dosa-dosa ini adalah jentikan daripadaNya yang menyayangi hambaNya. Tuhan itu Maha Pemurah, Pengasih, Penyayang dan Pengampun kepada hambaNya. Selangkah kita menghampiri Allah, seribu langkah Dia mendekati kita.

Bagi yang menerima suntikan ini, bersyukurlah, kerana kamu adalah antara insan yang terpilih. Jangan pernah abaikan dan mensia-siakan hidayah ini kerana kita takut inilah hidayah terakhir kurniaanNya. Seandainya kita melepaskannya, apakah mungkin kita memperolehnya pada masa akan datang? Bagi yang belum mendapatkannya, ayuh, kita koreksi diri dan berusaha untuk mendapatkan hidayah semoga kita tersedar daripada igauan dosa.

Antara cara yang dapat kita usahakan untuk menimbulkan perasaan berdosa ini adalah dengan memperbanyakkan muhasabah. Setiap orang boleh bermuhasabah, namun, tidak semua yang dapat merasa nikmat muhasabah yang sebenar. Oleh sebab itulah kita dialu-alukan untuk menghadiri kuliah agama, usrah, program bagi membina sahsiah dan rohani dan seumpamanya.

Program-program sebegitu sedikit sebanyak akan menimbulkan bibit penyesalan dan melembutkan hati. Pengisian usrah yang berkualiti, sebagai contoh, meninggalkan bekas di hati masing-masing.

Bersahabatlah dengan sahabat yang baik kerana mereka boleh mengingatkan kita pada saat kita lalai dan lupa. Seterusnya, biasakanlah diri dengan solat, zikrullah, selawat dan membaca al-Quran sebaik mungkin, kerana inilah makanan utama rohani kita. Apabila hilang ia, maka hilanglah diri dan sifat kehambaan itu.

Selain daripada itu, jangan lupa untuk berjinak-jinak dengan Allah tatkala semua orang sedang tidur. Korbankan kesedapan tidur itu dengan merayu, meminta dan meluahkan segala-galanya, serta mengaku kelalaian dan kemungkaran kepadanya. Air mata inilah yang akan menjadi penyelamat pada hari akhirat kelak, insya-Allah.

Berdoa, merayulah padaNya agar Dia memimpin kita kembali ke jalan yang lurus dan meluruskan hati untuk kembali padaNya, di samping memohon kekuatan untuk terus bermujahadah dalam mencari hakikat hidup yang sebenar dengan mencintaiNya.

Akhir kalam, sebagai peringatan buat diri yang hina ini serta semua, ayuh kita kembali memperbaiki diri. Berusahalah untuk kembali kepada Allah kerana kita berada di bumi yang fana' ini tidak lama. Kehidupan di akhirat nanti yang kekal. Ayuh kita manfaatkan masa taubat yang diberi Allah kepada kita.

Bila Dia Datang di Hatiku

Assalamualaikum (",)


Bila dia datang kepadaku, terasa ada getaran kecil di hati...
Bila dia datang kepadaku, ada suara kecil yang memanggil namaku...
Bila dia datang kepadaku, titisan air keluar daripada mataku kerana baru aku sedar banyak dosa yang telah aku lakukan. Rasa bagai tidak akan diberi peluang untuk balik ke jalan yang benar...
Bila dia datang kepadaku, sebenarnya baru aku sedar dia tak pernah datang kepadaku tetapi sentiasa berada di pintu hati menunggu pintu hatiku terbuka untuk memelukinya dan takkan pernah ku lepas...
Bila dia di hatiku, takkan aku lepaskan lagi dan aku sedar kini aku sedang cuba miniti jalan yang benar...
Bila dia di hatiku, dia membisik kepadaku untuk berubah dengan memberi seorang insan kepadaku iaitu seorang insan yang sentiasa memberi semangat tak putus-putus agar aku sampai ke jalan orang-orang yang soleh dan solehah...kasih sayang daripada Maha Penciptaku dan insan itu bagai air sungai yang mengalir ...bonus buatku!
Bila dia di hatiku, kata syukur kepada Rabbku sentiasa ada pada sujud akhirku...
Bila dia di hatiku, ku belajar menutupi auratku walaupun tidak sempurna tetapi lebih baik dari ku membaluti auratku. Betapa sedihnya bila teringat kebodohanku dulu, bertudung tapi menampakkan bentuk badan ...malu!
Bila dia di hatiku, sentiasa aku berdoa agar hati ini istiqamah dengan perubahan pada diri ini walaupun sedikit demi sedikit...
Bila HIDAYAH datang di hatiku...
...
Sesungguhnya, aku manusia yang lemah, tak kuat tetapi aku cuba kuatkan hati kerana aku percaya Allah sentiasa denganku. Bisikan dan kata-kata manusia yang mengikut arus dunia melemahkan semangat untuk berubah. Syukur Alhamdulillah aku sentiasa mendapat semangat daripada yang tersayang. Ikhlaskan hati kerana Allah Taala...
Ya Allah, ampunkanlah aku. Sesungguhnya aku tidak layak masuk syurgamu, tetapi tidak pula ku sanggup menanggung seksa nerakamu. Kau pimpinlah aku menuju ke jalan orang yang bertakwa iaitu orang yang mendapat hidayah. Istiqomahlah hati ini. Kurniakanlah aku keluarga, kekasih, dan sahabat daripada orang yang soleh dan solehah. Amin...

23 June 2012

komeh barang

Assalamualaikum (",)

ponat gilo den mengomeh barang . ghase ghase lopeh tigo kotak ke ghumoh ni . banyak betoi ler barang aku . sekarang ni xtau nak buat apa . hee ~~

Bertenang-tenang itu dari Allah

Assalamualaikum (",)

pernah orang tanya aku . kenapa aku nampak happy dan muka macam orang tak de masalah . even orang lain bizi dan stress dengan FYP . aku masih boleh gelak . tidak kah korang tahu yang aku sebenarnya sedang berperang dengan emosi dan perasaan aku sendiri ? yep korang tak tahu sebab aku tak pernah cerita . mungkin ada yang tahu . aku ni tak bijak macam orang lain . kalau aku nak berjaya aku perlu berusaha triple daripada orang lain . dah tertulis oleh ALLAH yang aku akan hadapi semua ni. aku mungkin tak de masalah cinta . sebab aku tak kapel (not my way) . tapi aku diuji dalam bentuk yang berbeza .

susah nak luahkan . tapi disaat classmate aku nak menjerit "i'm FREE" . tapi aku perlu menanti lagi satu semester untuk berperasaan macam tu . susah nak terangkan . ramai akan cakap "takpe nanti boleh repair yang lain" . "sabar laa, nanti ko happy macam kitorang" . can u please imagine, when something u're dream for the whole of your life . waiting to get something u've dream from u're kid . but in the middle of your way . u need to face a failure and a lot of problem . di saat classmate kau happy nak pegang scroll but u ? tak semua orang harap macam ni ok . so kepada sesiapa yang kata aku tak study betul2 . just behave . u never know apa yang aku lalui ok . mula mula dulu memang aku down sangat sangat . rasa life dah macam takde gunanya . lebih baik aku balik kampung . tapi aku ingat satu ayat "perjalanan setiap insan kat dunia ni berbeza" . aku terima segalanya dengan redha .

puas aku mencari kekuatan diri . dan sekarang ini lah aku . aku perlu teruskan perjuangan aku kat sini . supaya mak and abah aku happu dengan aku . aku nak ada degree . aku nak keja . aku nak kumpul duit beli keta . bawak mak abah aku pegi Mekah . bawak diorang pergi bercuti . bawak diorang pegi shoping . aku harap aku sempat buat semua tu . ye la . abang abang dan kakak kakak aku semua dah kahwin . ada family sendiri . so tinggal aku dengan adik aku . aku nak bahagiakan parent aku . semoga ALLAH beri aku peluang dan kesempatan .

sekarang ni . inilah aku . happy . tenang . dan ceria selalu . dan bakal mengalirkan airmata di atas perpisahan yang akan berlaku . semoga aku kuat untuk itu . 3 tahun bukan satu tempoh masa yang singkat ok . 

berbicara soal cinta . bukan aku tak mencari mungkin belum rezeki . aku akan terus bersabar menanti kehadiran imamku . sebab aku tak nak terjebak dengan cinta sebelum nikah . aku pernah dengar ustaz cakap "sesiapa yang bercinta sebelum nikah, lepas tu diorang nikah, diorang wajib bertaubat dengan kesilapan diorang sebelum nikah" . selagi aku boleh elak . aku akan elak . aku yakin dengan janji ALLAH yang akan beri yang terbaik untuk hambanya yang sabar . ok .

aku akan sentiasa bersabar untuk apa sahaja .

"Bertenang-tenang itu dari Allah dan bergopoh-gopoh itu dari syaitan ." (HR Baihaqi)



22 June 2012

Farewell Party with HOUSEMATES ;'(

Assalamualaikum (",)

21 jun 2012 . seperti sedia maklum . last PAYYPERRR aku exam . hihi . perasan berblah bagi . happy ke tak ? ok tinggalkan perasaan tu sekejap . by the way . lepas habes je exam tu kitorang which are aku, liza, nozie dan diva keluar . makan dekat 'mydapur' sambil tengok citer 'aku ada kau ada' .. lepas dah habis makan . terus gi cari barang untuk "farewell party" apartment aku n liza . kitorang nak buat jamuan perpisahan dengan housemates semua . ALHAMDULILLAH, kitorang beli nugget n kentang (goreng sendiri) , tapi kitorang dah tempah bihun goreng dekat kafe . dan kitorang beli kek . itu yang paling best . 

so malam nyer tu lebih kurang jam 8.30 malam kitorang mulakan dengan bergambar heeee ~~ siap ade background lagi ok .. dan kitorang baca doa selamat . doa makan dan makan . time makan tu mula mula senyap je . lapar kot . haha . lepas nyer tu baru lah kitorang borak sampai pagi . walaupun mata letih badan letih sebab sebelum tu bizi dengan exam , tidor tak cukup tapi tetap semangat spent time sesama .. macam2 topik lah yang keluar . hihi . tapi best sangat dengan 10 orang pon . sangat best malam tu . so layan beberapa keping gambar :)

kek yang sedap .. sangat menyelerakan

bersama housemates A2.1 - sem 2 sesi 2011/2012

rezeki dari ALLAH . kenyang . ALHAMDULILLAH

backgorund yang tetiba :)

dengan roomates . liza dan hana 

semoga satu hari nanti kita akan jumpa lagi . insya ALLAH :)

20 June 2012

Syukurlah, moga ada kebaikannya nanti

Assalamualaikum (",)

baru baru ni as usual la kan . kol mak . tapi kali ni memang lama gila la kitorang borak . dekat satu jam jugak laa . macam macam topik keluar . yang paling aku tertarik sekali dengan topik berkaitan dengan 'bersyukur' . aku masih tak faham kenapa masih ada orang di bumi ALLAH ni yang tak reti bersyukur . sentiasa nak persoalkan dan tak pernah nak memahami . 

al-kisahnya . bila adik dia dapat masuk UITM , (maaf la aku terpaksa mention nama universiti) . seronok sangat kan sebab dapat sambung belajar . tapi abang nyer mengeluh sebab duit belanja mingguan adik dia mahal . RM50 seminggu . mahal ? RM50 seminggu . sekali sekala kita kena fikir . macam mana kehidupan seorang pelajar dalam kampus . ok . cuba bayang kan la yer . kalau duduk asrama . memang tak boleh masak . makan wajib perlu beli di kafe . minum lagi . ni paling murah la kan

sarapan                 : air 3 in 1 yang dah ade kat bilik (free)
mkan tengah hari    : makanan = RM3.50 (paling murah) + air (bawak dari bilik)
makan malam        : makanan = RM3.50 + air (dari bilik)

total = RM7.00 sehari x 7 hari (seminggu)
        = RM49.00 (makan sahaja)

RM49 makan je tau, belum lagi add on dengan alat tulis . kalau dah habis dakwat pen . kertas . buku nota . nak print nota lagi . print assignment . sekali sekala mesti nak makan ais krim . biskut . keropok . betul tak ? life dekat kampus mana mana pon . its not easy . makan sahaja dah dekat RM50 . memang sedih sangat bila mak aku cerita macam tu . dia dah tak da sapa nak  bergantung . ayah dah tak da . memang abang dia la . nak tau apa abang dia cakap . tapi bukan lah cakap kat mak dia . tapi cakap kat mak dia . "mahal la duit nak pakai, dia pon ada anak2 nak makan pakai" . tapi bagi aku lah . kalau lah adik dia dengar . apa perasaan adik dia ek ? mesti hilang semangat belajar . rasa menyusahkan . sedangkan dalam kalangan family diorang . dialah nak pegi paling jauh pon . mana tahu satu hari nanti . dia yang nak membela keluarga . nak bantu adik adik yang masih ramai kat bawah tu . sapa tahu kan .

setahu aku la . yuran pengajian UITM tak macam IPT lain . macam u aku, every sem, tak kurang daripada RM1100 . seriusly . tapi ok la sebab tolak dari duit pinjaman . TAPI lagi sekali . masa mula mula nak daftar dulu . yuran semuanya guna duit sendiri . sebab belum dapat pinjaman lagi . macam mana ? semua orang alami benda ni . bila nak berkira pasal duit ni . memang tak kemana pon . sebab dekat dunia ni . semuanya pakai duit kot . tak ade benda yang free pon . 

seriusly aku cakap . aku rasa abang dia ni macam tak bersyukur . tak berfikiran jauh . entah . macam nak jadi politik isu pon ada jugak . aku cuma nak ingatkan kat sini . everything happen for reason . kita kena sentiasa bersyukur . kalau ALLAH tentukan sesuatu tu . mesti ada sebabnya nanti . ada hikmah di sebalik kejadian . kena selalu bagi semangat kepada someone yang memang memerlukan kita . aku harap benda ni semua akan selesai . dan adik dia tak perlu berhenti belajar . jangan laaa . sedih aku . tu je laa nak story . k baaii ..


19 June 2012

FYP Presentation (jadual)

Assalamualaikum (",)

jadual presentation final year project aku . see my name dalam kotak merah tu ? yang tak berapa bestnya sebab hari kedua , PETANG ok . lambat . huhu . lagi best kalau hari pertama . tak suka menunggu . tapi ape ape pon hope aku dapat laluinya dengan tenang :)


k lah, sambung setadi untuk paper akhir 21 Jun 2012 . see ya :)

17 June 2012

berpada pada dalam persabahatan

Assalamualaikum (",)

hello hello hello, sekarang tengah exam week . memang sangat BIZI la kaan, sampai tak sempat idea untuk posting baru nak datang . ye la tu sangat kan . cuma sepanjang aku diam berblogging ni aku banyak benda yang berlaku disekeliling . nak explain satu satu pon . rasa macam malas nak menaip . boleh ke macam tu . secara natijahnya, kita hidup ni nak buat apa apa pon biarlah berpada pada . jangan lah over , especially untuk sesuatu yang kita sangat happy . macam dalam persahabatan, kita rapat sangat sangat dengan kawan kita . sampai everything semua kita nak cerita . pendek kata memang tak de rahsia antara kita . tapi at one time, ALLAH nak uji , tetiba ada perselisihan faham yang menyebabkan hubungan menjadi renggang . terus tak rapat macam dulu . patah seribu . bukanlah meminta . tapi aku dah penah alami semua tu . sampai sekarang, kitorang dah tak rapat macam dulu, cuba bukannya tak cuba . tapi entah . itu lah aku nak pesan . ape ape pon sentiasa lah bersiap sedia, apa apa nak buat pon berpada pada .

ok aku tak doa . cuma just want to make a soft remind . sebab dekat twitter pon dah jelas aku nampak . cuma tu lah, anggaplah semua tu ujian dari ALLAH, beri kekayaan pon ujian dr ALLAH, kejayaan pon ujian dr ALLAH . so sentiasa beringat ok . baik lah, tu je la kot . tunggu lah selepas 21 jun, baru aku update baru :)


we share we care 


*neves masih ade 3 paper nak exam,
*neves nak presentation FYP 26/6
*neves nak berpisah dengan kawan kawan 3 tahun sesama di Sarawak

13 June 2012

'soft remind'

Assalamualaikum (",)

jom baca reminder aku buat khas untuk penghuni kolej yang kebanyakannya adik adik tersayang aku, sebelum aku melangkah keluar dari kolej kesayangan aku ni, aku patut buat semua ni ~~ <3


salam/hi, cuma nak buat 'soft remind' utk semua penghuni sakura,

saya yakin dan tahu, ada yang akan balik awal dan akan ada housemate kita yang balik paling lewat, kiranya dialah orang terakhir akan keluar dari rumah tu, just nak pesan, pastikanlah barang barang kita yang mana balik awal tu dikemaskan, dibuang dan disimpan dalam stor, jangan harapkan kawan yang balik lambat, saya tahu kadang kadang kawan yang balik lambat ni pon malas jugak tapi sudah termaktub dalam peraturan buku panduan pelajar, rumah wajib bersih dan kemas sebelum keluar, kalau tak semua akan kena denda, so sama samalah kita bekerjasama bersihkan rumah sebelum melangkah keluar, TOLONG BUANG SIKAP HARAPKAN ORANG LAIN ..

antara barang2 yg selalu dibiarkan dan ditinggalkan:
- selipar/kasut lama
- hanger
- tin tin makanan
- bekas makanan
- alatan mandi
- makanan yang tak habis (biskut, etc)

your belongings is your responsibilities, tahu, semua nak excited nak balik, tapi tak salahkan tolong menolong, selamat menghadapi peperiksaan akhir dan selamat bercuti :) ♥ sakura, 3 tahun bersama sakura, thanks SAKURA ~~ ♥

12 June 2012

Segmen Tambah Follower dan Rakan Blogger

Assalamualaikum (",)


Nama Blog:
Luahan Tanpa Pena

Link:

Mula berblogging:
April 2009

Kenapa berblogging?:
nak tambah kenalan baru, berkongsi cerita dan pengalaman, berkongsi maklumat terbaru dan menghubung silaturrahim antara manusia, hablumminannas :)

kalau nak join, klik sini

10 June 2012

Malam Transformasi Belia Islam

Assalamualaikum (",)

ok, tak mau cerita panjang panjang, semalam 9 jun 2012, aku, liza, zainab dengan rina pegi Malam Transformasi Belia Islam dekat Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak . seriusly memang tak tahu kat mana bangunan ni, yang aku tahu die dekat dengan fakulti perubatan Unimas, dekat dengan Wisma Saberkas, lain lain aku tawakkal je la . kitorg sewa keta jam 6, so sepatutnya memang kitorang keluar jam 6ptg la, tapi ape kehenyer dengan tuan punya keta tu start dari jam 5.30ptg kawan aku mesej die ingatkan, jam 6 tak sampai lagi, ON THE WAY dari tadi sampai lah jam 7 malam . macam jauh sangat je rumah die . padahal kat Desa Ilmu tu je kot . kitorang plan nak maghrib dekat luar je tapi duduk kat bilik dah azan dah, tapi tak sempat solat kat bilik, kitorang terus singgah petronas solat kat sana . plan nyer keluar awal nak makan dulu . tapi lewat pon kena makan dulu jugak sebab perut lapar . dalam jam 8.15 kitorang sampai Satok makan dekat, Tom Yum Goong, perggghhh tom yam die memang sedap kot . terus terpikat, dalam jam 9.15 kurang bertolak ke tempat event tu . al maklumah tak pernah sampai main agak2 je la, 9.30 sampai tapi terlepas pintu msuk, dah kena buat u turn balik . akhirnya kami sampai jugak dekat dewan tu . ALHAMDULILLAH, even dapat tengok 1 jam lebih je . tapi ok la sebab perut kenyang . hhihihi

dalam dewan, orang semua dah nak balik


\

ni bukti yang kami sampai sini


ni tiket die, rm5 satu keping

sepanjang perjalanan tu macam macam la jadi, tapi ALLAH sedang menduga kami untuk pegi majlis amal macam tu . so sabar je laa . sebelum balik kampus pegi airport jap cari makan . masa tu 12.05am . orang punya la ramai . tak tahu pulak aku flight sampai pagi macam tu . rasa macam 12.05pm pulak . lepas tu baru balik . sampai kampus jek, gate dah tutup sebelah timur . pakcik tu buat tak tau jek kat kitorang . huhu . sedih tau . lepas tu pusing balik masuk ikut selatan . nasib baik bukak lagi . pakcik pon ok je . tau je kitorang dari mana . dekat 1.30 baru sampai bilik . ALHAMDULILLAH . and the most memorable thing . cermin sebelah pemandu tak dapat tutup . satu jam berusaha akhirnya berjaya jugak . lain lain kisah biarlah disimpan menjadi simpanan :)

ok lah tu je . k lah nak g makan kejap lagi ..

08 June 2012

Tanggungjawab yang semakin diabaikan

Assalamualaikum (",)

selalu kita dengar orang mengeluh tak de duit padahal berpangkat engineer , doktor dan lagi lagi yang keja besar besar . yang tak semua orang mampu berada di tempat tu . rumah besar . gaji besar . keta besar berbuah buah . motosikal beratur kat luar rumah . but still tak cukup duit nak bagi dekat parent tiap tiap bulan . but still tak cukup duit nak bagi duit dekat adik adik yang tengah belajar . but still tak dapat sedekah kat sedara mara yang dalam kesusahan . gaji RM *0000.00 pon masih tak cukup :)

pernah tak cari apa sebabnya ? mak selalu cakap kat aku . zakat harta jangan lupa bayar bila dah cukup syaratnya . yer kita ni manusia yang selalu lupa dan leka . keja siang malam cari harta cari duit . beli perabot baru . beli karpet baru . beli almari baru . BELI BARANG KEMAS baru . sampai satu tahap . EMAS yang kita simpan tu dah wajib keluar zakat . yer ilmu agama kurang tak tahu semua tu . dah tahu yang diri tu tak tahu . kenapa tak bertanya ? ingat yer . sape yang tak bayar zakat padahal dah cukup dan wajib bayar zakat , rezeki yang ALLAH bagi . duit beribu riban dapat tiap tiap bulan pon rasa tak cukup . rasa macam lagi banyak duit . lagi rasa tak cukup . duit tu rasa tak melekat kat tangan :)

TAPI kalau kita bayar zakat . selalu ingat yang semua ni rezeki dr ALLAH, even gaji kita tak sampai 4 angka pon . kita masih boleh simpan dalam bank . rezeki terasa melimpah ruah . setiap apa yang kita dapat dan ada WAJIB BERSYUKUR . lagi satu . KEBERKATAN  kedua orang tua kita kena ingat . disaat kita makan KEPSI, steamboat, seafood dan lain lain . cuba la ingat adik beradik lain , mak ayah kita kat kampung . kena simpan dalam hati macam ni "apa yang aku makan, adik beradik mak ayah aku mesti makan" . berkongsi rezki, bersedekah . kalau mak ayah tak restu rezeki kita . simpan hati . makan hati dengan kita . jangan tanya kenapa hidup kita tak tenang . rumah tangga kita selalu ada masalah . JANGAN TANYA KENAPA :)

menjadi seorang muslim bukan hanya pada nama dan IC kita . lebih dari tu . hubungan kita dengan ALLAH dan hubungan kita dengan manusi . WAJIB DI JAGA . kita tak tahu apa akan jadi pada masa depan . tak perlu ikut orang dalam berbelanja dan kehidupan . hidup dalam keadaan yang sederhana . utamakan keperluan daripada kemahuan . yang si LELAKI jadilah pemimpin dan imam yang patuh pada agama . nasihatilah isteri kamu supaya menjaga maruah mereka . anak anak kamu dan sedara mara kamu . jangan jadi LELAKI DAYUS . tak tahu ? tanya lah ustaz dan ustazah . nanti dekat akhirat . ALLAH akan tanya kamu . tanggungjawab kamu :)

kepada WANITA, jagalah maruah kamu sebagai wanita islam . jagalah aurat kamu . jagalah perkataan kamu . jagalah perlakuan kamu . jagalah maruah seluruh ahli keluarga kamu . jangan tunggu seru nak bertudung, jangan tunggu seru nak tutup aurat . jangan tunggu seru nak solat dan puasa . sebab serunya dah ada 1400 tahun dahulu . ingat !! ajal tak kira usia dan tak akan delay walau sesaat :)

ayuh perbaiki diri rohani dan jasmani . perbaiki luaran dan dalaman . semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita :)

Jangan Engkau Kahwini Wanita Ananah, Mananah, Hananah, Hadaqah, Basaqah dan Syadaqah.

Assalamualaikum (",)


Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

Wanita Basaqah :
ada 2 makna:
Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

sumber : 

07 June 2012

sahabat, takkan ku tinggalkan

Assalamualaikum (",)

sahabat . perkataan yang selalu kita dengar TAPI sangat susah untuk diadaptasikan . apa itu sahabat ? ok tak payah nak explain panjang panjang . aku just nak tegaskan dekat sini . seburuk mana pon sahabat kita tu . seteruk mana pon perangai dia . jangan sesekali tinggalkan dia . jangan sesekali biarkan dia terus hanyut . kalau dulu dia baik . lepas tu dia berubah jadi kurang baik . in sya ALLAH satu hari nanti dia akan kembali menjadi baik . sama sama lah kita membantu . berdoa kepada ALLAH . berusaha mendekati dia . kenali punca kenapa dia berubah . sebab setiap apa yang berlaku tu pasti ada sebab musababnya :)

dan aku, aku tak akan sesekali biarkan sahabat aku terus hanyut . biar pon sukar tapi aku tetap akan berusaha . buakn sebab dia sesiapa tapi sebab dia kawan aku . kawan kami semua . betul tak ca'a ? aku rasa ko lebih kenal dia dari aku . jangan pernah salah sangka . dan ini bukan kes pertama dan dia bukan yang pertama jadi macam ni . termasuk dia dan 3 orang kawan aku jadi macam ni sebab keseronokan dan DUIT . DUIT . ingat tu yer . sebab tu aku tak berapa terkejut . bukan lah aku nak kata kawan kawan aku ni jahat . tapi kita kena ingat . manusia ni hatinya mudah berubah ubah dan mudah terpengaruh kalau tak betul betul dijaga hatinya . jangan mudah menghukum . mungkin zahirnya nampak kritikal . tapi batinnya hanya ALLAH yang tahu . jangan putus asa membantu dan berdoa kepada ALLAH . walaupun bertahun tahun kita berusaha . ALLAH sayang pada orang yang sabar :)

tak mungkin aku akan bertepuk tangan disaat kawan aku berperang dengan diri sendiri . melawan kehendak nafsu yang semakin merajai hati dan jiwa . kita cuba sedaya upaya . menggali segala punca . insya ALLAH , ALLAH membantu .

semoga ALLAH permudahkan segala urusanku


Ya ALLAH, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki

Tanggapan Remaja Zaman Sekarang Terhadap Soal Jodoh

Assalamualaikum (",)


Ramai menyangka perihal jodoh itu dapat dirancang. Kenyataannya tidak. Jodoh adalah ketetapan Tuhan yang tidak berubah biarpun sedikit.

Ramai orang yang bercinta tetapi putus di tengah jalan. Mereka tidak bernikah kerana seorang daripada mereka bernikah dengan orang lain yang baru dikenalinya. Ramai juga yang bercinta bertahun tahun lamanya sebelum kejinjang pelamin kerana mahu menduga pasangan masing masing. Kemudian apabila sudah bosan mereka berpisah dan memberi alasan sudah tidak serasi. Mereka mencari pasangan lain yang dirasakan tidak membosankannya. Akhirnya, mereka terjerumus ke kancah maksiat.

Apabila memilih jodoh, bukan sedikit anak muda yang memandang paras yang rupawan, dan wajah yang tampan, kekayaan dan harta benda. Banyak juga perkhawinan yang hancur kerana pasangan masing masing sudah tidak cantik, tidak tampan ataupun jatuh miskin. Ada juga orang yang bercinta dan sering keluar "dating", tetapi akhirnya bernikah dengan orang lain.

Benar, jodoh itu di tangan Allah kerana ramai yang bernikah bukan kerana nafsu ataupun cinta buta, melainkan atas sebab agama.

Ada yang takut mahu berkahwin kerana miskin, tetapi tanpa kita sedari hampir semua orang menjadi kaya selepas berkahwin.

Apakah hikmah daripada kisah kisah jodoh ini? Nampaknya, orang sekarang lebih mengutamakan paras rupa, bentuk tubuh, harta kekayaan, dan keseronokan dunia dalam mencari jodoh. Mereka seolah olah enggan mempercayai ketetapan Allah berkenaan jodoh mereka. Sama ada orang itu sedang menyiapkan diri bagi bernikah ataupun baru terfikir ke arah itu, ataupun sudah terlena dalam pergaulan bebas, hakikatnya mereka lebih suka bercinta sebelum bernikah tanpa ada sedikit perasaan takut kepada Allah. Bermacam macam alasan diberi kononnya sudah suka sama suka dan tanpa segan silu mereka menjalinkan hubungan terlarang.

Malah ada yang berkata perbuatan mereka itu adalah hak asasi sebagai manusia. Semuanya demi membenarkan kesalahan masing masing. Asalkan tidak merugikan dan mengganggu orang lain, pedulikan kata orang lain. Ternyata, mereka lupa pada hukum Allah. Akibatnya, Allah memalingkan tujuan asal mereka yang mahu mencari jodoh demi membina ikatan yang diberkati. Nauzubillahi Min Zalik.



Ada juga yang beranggapan bercinta dahulu sebelum bernikah juga penting kerana pernikahan hanya sekali seumur hidup. Malah, ada yang bercinta lebih daripada sekali. Apabila berumah tangga, mereka mula berasa bosan kerana sudah biasa bertemu mesra. Dalam majlis perkahwinan, sudah tidak ada perasaan berdebar debar, teruja dan kejutan. Sebaliknya, terasa hambar dan basi seolah olah tidak ada yang istimewa lagi.

Pada mereka yang memegang prinsip "jangan sampai tersalah pilih", mereka seronok bertukar tukar kekasih sebelum bernikah. Mereka rela menjadi bekas kepada kekasih hati mereka sendiri. Kemudianya, mereka berumah tangga selepas penat bercinta semasa muda. Apabila lanjut usia, mereka bernikah dengan pasangan yang seadanya sahaja kerana sudah tidak kuasa mahu mencari pasangan lain yang lebih baik, sedangkan pernikahan adalah seumur hidup.

Satu lagi alasan bagi menangguhkan pernikahan sehingga sudah lanjut usia adalah mahu bersedia zahir dan batin. Akibatnya, apabila sudah sedia mahu berumah tangga, tidak ada pula gadis ataupun jejaka pilihan hati yang dapat diajak ke jinjang pelamin. Akhirnya, kerana tidak ada pilihan dan tidak daya lagi menahan nafsu, mereka berkahwin dengan siapa sahaja yang sudi. Kesudahannya, pernikahan dilansungkan tanpa membuat pertimbangan kualiti amalan agama, keturunan, dan akhlak pasangan masing masing.

Malang nasib mereka yang lambat bernikah kerana mahu bersedia zahir dan batin. Realitinya, orang itu sudah bersedia bernikah. Bekalan berumah tangga semua sudah cukup tetapi rasa waswas menyelubungi mereka kerana asyik memikirkan sebab sebab dan akibat selepas bernikah. Apabila dikurniakan cahaya mata, anak yang menjadi mangsa.


Mengapa? Anak yang meningkat usia remaja dan mahu melanjutkan pelajaran ke tahap lebih tinggi , pasti memerlukan belanja yang besar. Malangnya, ibu dan ayah sudah tua dan tidak berdaya mahu bekerja keras mencari pembiayaan pelajaran anak. Akibatnya, pelajaran anak yang tersekat.

Sememangnya ini bukan rahsia lagi. Anak anak muda nampak bingung kerana memikirkan segala masalah yang disebutkan tadi, sedangkan mereka sudah bersedia bernikah. Sayang sekali, anak anak muda sekarang mudah goncang jiwanya kerana dilanda krisis kepercayaan dan kerohanian. Mereka terjebak dalam khayalan memuja muja fizikan tubuh dan nafsu yang berlebihan.

Akhirnya, kesempurnaan hanya milik Allah. Selain Allah, pasti ada kekurangan, termasuk diri ini. Sekiranya ada salah dan silap dalam apa jua bentuk, saya mengalu alukan kritikan dan saranan daripada pembaca yang budiman.

sumber: 

06 June 2012

oh my @@

Assalamualaikum (",)

again @@ life memang macam ni kan . kejap kita ok, kejap kita tak ok . keadaan sekeliling yang berubah dan hati yang mudah tersentuh . oh my . aku tak suka perasaan ni .

Segmen : Jom Tingkatkan Follower Anda Dengan Mendadak Bersama Izzati


nak join klik


segala syarat semua i dah ikut . so hurm . nak tag semua yag TERbaca entry ni
jom join ramai ramai

03 June 2012

untuk dia :) *bukan lagu njwalatif

Assalamualaikum (",)

ok first of all, hope awak TAK baca entry ni . thanks :)

kadang kadang aku rasa aku ni memilih . hurmmmm ye ker ? ye lah, aku nak yang dapat bimbing aku ke syurga, bab bab agama, die lebih daripada aku, general knowledge die lebih daripada aku, dan terima aku seadanya, bukan sebab DP fb aku cun, bukan sebab aku belajar kat *sarawak . bukan sebab aku ade degree . yep, dia kena terima siapa jua aku .


aku tak suka kapel before nikah . yep ! kalau dia nak nombor telefon aku, aku akan bagi nombor ayah aku . kalau tak ready nak nikah, dont ever ever try to approach me . yes ! his way make me feel happy and comfortable . betul . walaupun dia tak lah sehensem aaron aziz atau asyraf muslim, tapi bab bab agama ISLAM, alhamdulillah, TIP TOP, as i said in twitter . aku suka 99% tentang dia . just 1% yang aku tak berapa berkenan . biarlah rahsia . bila dah sah nanti aku akan bg tau dia . sebab benda tu boleh hilang dan ditinggalkan .

as i said again !!! siapa jua jodoh aku nanti, aku terima dengan hati yang terbuka . sebab aku yakin kalau kerana ALLAH, semuanya akan mudah dan barakah . hope that . 

untuk awak . saya akan tunggu awak . tapi kalau awak tak sedia lagi . persiapkan diri awak dulu . sebab saya setia menunggu awak . sebab janji ALLAH itu pasti . saya yakin itu . awak jangan takut dengan ayah saya yer . awak cakap molek molek dengan die . die akan faham . in sya ALLAH . oppps doakan saya untuk habeskan degree ni awal tahun depan . ok :)



semoga ALLAH merahmati segalanya . even aku tak tau siapa bakal zauj aku, tapi aku tetap bersabar menanti dijemput oleh nya . untuk terus berjuang untuk agama ALLAH . menuju deen yang diredhai dan diberkati-Nya :)

Belajar : Bagaimana Mendapatkan Keberkatan?

Assalamualaikum (",)


Mungkin jarang antara kita yang tidak tahu tips-tips belajar daripada 'salafus soleh' terdahulu. Semua tahu bukan apa itu berkat? Sesuatu yang tidak boleh dilihat, tetapi dengan berkat itu, kita boleh berasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di bahu kita.

TIPS BELAJAR

1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.
Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu. Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.

2) Disiplinkan diri.
Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi. Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur, walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah amalan budak perempuan ini.

Ibunya menjawab, saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran. Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar, kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan.

3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita menuntut ilmu.
Apaila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasaputus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan. Jadi, apa kata kita cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.

4) Utamakan seruan Allah S.W.T.
Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:

"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."

Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembal, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudahapabila belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.

5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.
Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.

.............................................................

Kesimpulannya, selamat beramal. Cubalah praktis tips belajar ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T. Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).

Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran.

Buat pemburu dunia, jangan pula kita memberi alasan, mereka tidak sama macam kita, Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi. Kita tidak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas.

sumber : 


HOW do u feel? WHAT do u feel?

Assalamualaikum (",)

hai semua, 2 hari lepas . satu saat detik yang amat sukar diungkapkan . ujian datang bertimpa timpa . tak tertanggung rasanya . mengapa mengapa mengapa ? ya ALLAH ? salah aku ker ? atau itu pilihannya sendiri . tak termampu rasanya .

kalau salah aku . ya ALLAH, ampuni aku .

conteng BANNER utk game PERAK vs SARAWAK 23 Jun

Assalamualaikum (",)

selamat berhujung minggu kepada semua manusia (^_^) just short entry with some photos . 02 06 2012 tarikh keramat bagi kami ANAK PERAK UNIMAS (sekretariat mahasiswa perak) . sebab nyer . pada tarikh tersebut kami telah berkerjasama menyiapkan 3 banner untuk menyambut kedatangan TEAM PERAK ke sarawak untuk game bolasepak pada 23 jun 2012 nanti . semangat tak ? semangan kannnn . aktiviti macam ni sangat bagus untuk mengeratkan silaturrahim tapi sayangnya tak ramai yang turun and as usual muka yang sama jugak . where's the others PERAKIAN ?? where . just ade 3 orang yang belum pernah aku kenal dan aku kenal hari tu . alhamdulillah . bertambah lagi kawan aku tahun ni . so just layan beberapa keping gambar bawah ni . ok . . fyi, memang kitorang lukis and warnakan sendiri banner banner ni . bantuan pelajar seni UNIMAS :) 

touch up

pulun pulun bagi cun

yeahhh !! lagi lagi

orang kuat :)

molek molek deh

proses pengeringan dibawah matahari

kome ade ?

osem baq hang !!

we are PERAKIAN at UNIMAS

touch up lagi

yeahhh, seladang yob :)

ni semart baq hang :)

so how , tergugat tak ? ni lah hasil anak perak . semangat PERAK itu lebih penting . tak kisahlah untuk game ape sekali pon ..